Wednesday 26 August 2020

Kafe Indonesia Di Vancouver

Nusa Coffee ialah sebuah kafe Indonesia yang terletak di bandar Vancouver. Keistimewaan Nusa Coffee ialah kepelbagaian biji kopinya yang diimport dari Indonesia. Selain itu, Nusa Coffee turut menyajikan hidangan tradisional nasi bakar ayam/daging/tempe, nasi kuning, nasi uduk, soto ayam, penyetan, lemper dan bermacam-macam lagi.

Semasa kunjungan pertama kali saya ke Nusa Coffee, saya telah memesan Kopi Ais Indonesia dan Lemper. Keistimewaan kopi espresso organik ini ialah ia dicampur dengan susu kelapa (bukan santan) dan gula melaka. Oleh kerana Nusa Coffee tidak menggunakan ayam dan daging lembu halal, maka saya hanya memesan lemper vegetarian. Lemper yang saya nikmati diperbuat dari pulut dan intinya ialah kelapa parut. Jika di Malaysia dan di Singapura lemper dipanggil pulut panggang. 

Nasib agak baik pada hari itu kerana saya dapat bertemu dan berbual dengan pemilik Nusa Coffee iaitu Puan Liza. Saya hanya sempat berkunjung ke Nusa Coffee hanya dua kali sahaja iaitu sebelum bermulanya pandemik Covid-19. Saya berharap di masa akan datang Nusa Coffee dapat menyediakan hidangan makanan ayam dan daging yang halal kerana secara tidak langsung ia dapat menarik lebih ramai pelanggan yang beragama Islam.

Video yang saya rakamkan di Nusa Coffee boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN; https://youtu.be/_ZV5makNJxI

















Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment