Wednesday 3 March 2021

Wawa, Ontario, Kanada

Wawa ialah sebuah pekan kecil yang jaraknya 227 kilometer dari Sault Ste. Marie, Ontario. Menurut bancian pada tahun 2016, jumlah penduduk di Wawa ialah seramai 2905 orang sahaja. Agak lucu mendengar nama Wawa yang seakan seperti nama timangan akan tetapi di sebalik nama itu banyak menyimpan sejarahnya. Selain ingin bergambar dengan burung gergasi yang dapat dilihat jauh dari lebuh raya, saya dan suami mencari tandas awam di Wawa malangnya langsung tidak ditemui. Kami akhirnya terpaksa masuk menggunakan tandas di dalam restoran Tim Hortons. Selepas itu kami singgah di pusat pelancongan tetapi ia ditutup kerana pandemik. Walau bagaimanapun di luar bangunan terdapat banyak papan-papan tanda yang menceritakan tentang sejarah Wawa. Anda boleh baca melalui gambar-gambar yang saya muat naik di bawah ini termasuk kisah mengenai burung gergasi yang menjadi mercu tanda Wawa.





















Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN


No comments:

Post a Comment