Sehingga ke hari ada kalanya saya masih tidak percaya yang saya sudah menawan Gunung Kinabalu. Saya tidak mempunyai sebarang masalah sepanjang pendakian tetapi setiap kali melihat semula gambar-gambar dari simpanan, saya rasa gerun kerana sememangnya laluan pendakian sangat mencabar fizikal dan mental.
Mendapat berita tentang kejadian gempa bumi dan kematian para pendaki dan malim gunung membuatkan saya rasa sedih apatah lagi saya sendiri pernah berada di laluan pendakian yang sama seperti mereka. Salam Takziah kepada keluarga mangsa.
Gambar ini saya rakamkan di Low's Peak atau puncak Gunung Kinabalu yang tingginya ialah 4095.2 meter. |
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.
No comments:
Post a Comment