Friday, 19 June 2015

Pizza Terkenal Di Chicago

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejatera

Terlebih dahulu masih belum lewat lagi untuk saya mengucapkan Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa kepada pembaca yang beragama Islam.

Deep dish pizza (pai pizza) merupakan ikon makanan bagi Chicago. Kunjungan para pelancong tidak akan lengkap jika tidak mencubanya.
Biasanya jika ada kelapangan saya dan suami gemar mencuba pelbagai restoran yang menghidangkan deep dish pizza. Antara restoran popular di Chicago yang pernah kami kunjungi ialah Giordano's, Pizano's dan Gino's.

Beberapa tahun lalu kami pernah menikmati deep dish pizza di Gino's di mana ia pernah dikunjungi puluhan selebriti terkenal termasuk Oprah Winfrey, Katie Holmes dan Usher. Malangnya cawangan itu telah ditutup dan berpindah ke kawasan baru.


Deep dish pizza Super Veggie (pizza sayuran) yang saya dan suami nikmati di salah sebuah cawangan Giordano's di Chicago.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

2 comments:

  1. yummy .. kulit tebal.. sure sekeping dah kenyang����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sima : Sebelum pizza masak kami biasa order roti dan kentang jadi pizza tak boleh makan banyak. Selalunya 2 keping dah kenyang dan baki bawa balik :)

      Delete