Tuesday 11 April 2017

Grand Canyon National Park - Bahagian 1

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Artikel ini bersambung dari bahagian sebelumnya;
http://sharery.blogspot.com/2017/04/pemanduan-dari-las-vegas-ke-grand-canyon.html

Selepas memandu lebih kurang 10 minit dari pintu masuk (South Entrance Ranger Station), kami tiba di Pusat Pelancong Grand Canyon (Grand Canyon Visitor Center). Adalah digalakkan supaya para pelawat singgah dahulu ke Pusat Pelancong sebelum melihat keindahan Grand Canyon kerana di sini pelbagai maklumat boleh diperolehi terutamanya jika mereka ingin melakukan pelbagai aktiviti di Taman Negara Grand Canyon. Selain itu, sebuah filem pendek bertajuk 'Grand Canyon - A Journey Of Wonder' turut ditayangkan kepada pelawat. Saya melihat Pusat Pelancong ini lebih kepada sebuah muzium kerana sejarah yang diceritakan serta maklumat bergambar yang dipaparkan begitu lengkap sekali.


Kami berjalan kaki dari tempat meletak kenderaan menuju ke Pusat Pelancong.

Pusat Pelancong Grand Canyon di sebelah kanan gambar.


Bergambar bersama keluarga angkat kami.

Pintu masuk utama.












Panggung wayang.


Sedikit sedutan filem yang saya rakamkan videonya.

Filem ini ditayangkan selama 20 minit.

Bergambar di dalam panggung wayang selepas tayangan filem.





Ramalan kaji cuaca turut meramalkan salji akan turut walaupun sudah masuk musim bunga. Tarikh menunjukkan 24 April kerana lawatan saya ke Grand Canyon ialah pada dua tahun lalu.





Banyak papan tanda amaran diletakkan di Taman Negara Grand Canyon. Salah satu amaran ialah pelawat tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada haiwan yang ada di persekitaran Taman Negara.

Saya pasti anda masih menantikan gambar-gambar yang sepatutnya dikongsikan di dalam artikel ini. Nantikan bahagian kedua yang akan disiarkan tidak lama lagi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

No comments:

Post a Comment