Thursday 6 April 2017

Pemanduan Dari Las Vegas Ke Grand Canyon

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Lawatan saya dan suami ke Taman Negara Grand Canyon/Grand Canyon National Park turut bertemankan dengan keluarga angkat kami yang menetap di Henderson, Nevada. Sekiranya pemanduan dilakukan tanpa henti, masa yang diambil untuk sampai Grand Canyon (South Rim) dari Las Vegas ialah selama empat jam sepuluh minit dan bergantung kepada kesesakan trafik. Manakala kami memulakan perjalanan pada jam 6:30 pagi dari Herderson dengan menggunakan laluan utama US-93 S, I-40 E seterusnya AZ-64 N dan tiba pada jam 11:00 pagi.




Meninggalkan Las Vegas menuju ke Grand Canyon.


Sempadan antara negeri Nevada dan Arizona.










Kingman, Arizona terletak 166 kilometer dari Las Vegas, Nevada.












Williams terletak di jalan raya bersejarah, Route 66.




















Tusayan ialah pekan kecil yang mempunyai beberapa tempat penginapan dan kemudahan untuk pelancong dan juga lapangan terbang (Grand Canyon National Park Airport). 




Tusayan.


Pusat Pelancong National Geographic di Tusayan.


Kurang lima minit pemanduan dari Tusayan, pelawat akan melihat batu penanda Grand Canyon National Park sebelum tiba di pintu masuk (South Entrance Ranger Station).


South Entrance Ranger Station - Para pelawat perlu berhenti di pintu masuk Taman Negara untuk membuat bayaran.


Senarai kadar bayaran dinyatakan di papan tanda.









Ikut arah ke Visitor Center untuk melihat keindahan Grand Canyon. Masa pemanduan dari South Entrance Ranger Station ke Pusat Pelancong Grand Canyon ialah 10 minit. 
Nantikan entri seterusnya yang akan disiarkan tidak lama lagi di mana saya akan berkongsi gambar-gambar semasa di Grand Canyon.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.


1 comment:

  1. 2 Tahun dah berlalu. Waiting patiently for you all to be in Vegas again. In Shaa Allah. Hugs from Vegas with love.

    ReplyDelete