Saturday 15 April 2017

Grand Canyon National Park - Bahagian 2

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Untuk mendapatkan cerita penuh, anda perlu membaca artikel ini dari bahagian 1;
http://sharery.blogspot.com/2017/04/grand-canyon-national-park-bahagian-1.html

Cuaca di sepanjang hari agak tidak menyenangkan. Jika anda melihat gambar-gambar yang saya kongsikan bermula perjalanan dari Las Vegas sehingga pulang pada sebelah malam (akan disiarkan tidak lama lagi) ia seolah-olah dirakamkan pada hari dan musim yang berbeza. Suhu agak dingin. mendung serta berawan, kemudian hujan lebat dan tiba-tiba cerah seketika sebelum ia kembali mendung.


Tribe Call The Canyon Home.

Terdapat beberapa lagi puak dari kaum asli Amerika yang masih tinggal di Grand Canyon dan kawasan sekitarnya. Lapan gambar di bawah ialah nama-nama puak tersebut.








Puak Navajo agak istimewa bagi kami berdua. Mungkin saya akan ceritakan keisitmewaannya pada masa akan datang.


















Tiada risau bukan halangan kepada pemuda ini untuk bersembahyang.

Pondok ini terletak bersebelahan dengan tempat meletak kenderaan dan sesuai kepada pelawat yang ingin berkelah.

Papan tanda di dalam tanda awam.
Kepada mereka yang bercadang untuk datang ke Taman Negara Grand Canyon, sekali lagi dinasihatkan supaya mematuhi setiap papan tanda amaran yang ada. Nikmati keindahan alam semulajadi dan ambil gambar sebanyak yang mungkin. Jangan lakukan sebarang perkara yang dilarang kerana tanah dan kawasan di sini masih dianggap suci bagi kaum asli Amerika.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

No comments:

Post a Comment