Sunday, 27 January 2019

Starbucks Reserve Roastery & Tasting Room Pertama Di Dunia

Pada bulan September 2017, saya telah melawat ke Starbucks Reserve Roastery & Tasting Room yang pertama di dunia yang terletak di Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Ia dibuka secara rasmi pada tahun 2014.  Artikel dan video mengenai lawatan itu telah disiarkan di laman blog http://sharery.blogspot.com/2018/02/starbucks-reserve-roastery-kilang.html?m=1
dan saluran You Tube : https://youtu.be/MicaN1GnvfM

 Dua bulan selepas kedatangan saya, Starbucks Reserve Roastery & Tasting Room dengan rasminya membuka dan menambah bahagian menjual bakeri dari jenama luar. Princi ialah jenama bakeri mewah terkenal dari Milan, Itali yang telah memilih Starbucks Reserve Roastery & Tasting Room di Seattle sebagai lokasi pertama di Amerika Syarikat untuk bekerjasama dalam mengembangkan perniagaan di peringkat antarabangsa. Roti dan pastri yang dihidangkan begitu segar kerana ia bakar di sini menggunakan tiga buah oven yang unik didatangkan dari Jerman. Walaupun terdapat begitu banyak pilihan roti, pastri dan kek tetapi Princi tidak menyediakan menu bertulis. Pelanggan akan dilayan oleh para petugas Princi yang berdedikasi dan peramah.

Dengan adanya Princi di dalam Starbucks Reserve Roastery & Tasting Room, jumlah meja dan kerusi juga makin bertambah. Sekiranya pelanggan tidak berminat dengan bakeri dari Princi, mereka boleh memilih pilihan bakeri dari jenama Starbucks yang dijual di sudut lain. Semasa kedatangan saya sekali lagi di sini pada September yang lalu, baharu saya berkesempatan menikmati pastri dari Princi dan minuman edisi terhad yang hanya dijual di cawangan Stabucks Reserve Roastery.

Tandas di Starbucks Reserve Roastery & Tasting Room berbeza dari yang lain. Ia bersaiz besar dan mempunyai beberapa bilik yang perlu dikongsi dengan pelanggan lelaki dan wanita.  Di dalam video yang saya muat naik, anda dapat lihat cermin besar atau dinding berkaca yang terletak di bahagian hadapan sinki tempat membasuh tangan. Sambil membasuh tangan, pelanggan boleh melihat terus dari cermin kerja pemprosesan kopi yang dijalankan di tingkat bawah.
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/sq6zBRoyIx0

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment