Sunday, 20 January 2019

Pemanduan Dari Astoria, Oregon Ke SeaTac Washington

Pemanduan hari ketiga di negeri Oregon bermula dari Tigard dan berakhir di SeaTac, Washington dengan jarak dianggarkan 430 kilometer. Dua persinggahan yang dibuat ialah di Astoria dan Taman Peringatan Kurt Cobain (kumpulan Nirvana) di Aberdeen.

Astoria
http://sharery.blogspot.com/2019/01/astoria-oregon-bahagian-1.html
http://sharery.blogspot.com/2019/01/astoria-oregon-bahagian-2.html
Aberdeen
http://sharery.blogspot.com/2019/01/melawat-ke-tempat-kelahiran-dan-tugu.html

Anda boleh lihat melalui gambar dan video yang dimuat naik di mana pemanduan dari negeri Oregon ke Washington melintasi Sungai Columbia yang menggunakan Jambatan Astoria-Megler. Jambatan ini dibuka secara rasmi pada tahun 1966 dan kepanjangannya ialah 6.55 kilometer. Sudah kerap kali melalui sempadan negeri Washington-Oregon, tetapi ini pertama kali saya dapat bergambar dengan papan tanda Selamat Datang Ke Negeri Washington. Sebelum ini laluan yang ditempuhi ialah di lebuh raya di mana kenderaan tidak dibenarkan berhenti.
Video di atas dirakamkan dari Tigard ke Astoria dan video di bawah dirakamkan dari Astoria ke SeaTac.
Kualiti dua video di atas mungkin kurang memuaskan kerana saya perlu memuat naik video bersaiz kecil. Untuk menonton video dengan kualiti yang lebih baik, sila ke saluran You Tube Shery NN.
Tigard Ke Astoria
https://youtu.be/kapngeVhJ58
Astoria Ke SeaTac
https://youtu.be/C4Ge9rfXraQ

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment