Saturday 12 January 2019

Astoria, Oregon (Bahagian 1)

Pada hari ketiga di Oregon, pemanduan diteruskan menuju ke SeaTac, Washington. Laluan perjalanan tidak menggunakan lebuh raya sebaliknya kami memilih untuk melalui daerah pendalaman dan bandar-bandar kecil di tepi laut. Bandar pertama yang kami singgah semasa di dalam perjalanan ialah Astoria. Jarak antara bandar ini dan hotel penginapan kami di Tigard ialah lebih kurang 145 kilometer. Tempat menarik yang dilawati ialah Astoria Column iaitu menara bersejarah yang dibina pada tahun 1926.
Nantikan artikel bahagian dua di mana saya akan kongsikan gambar-gambar yang dirakamkan semasa saya naik ke anjung tinjau menara Astoria Column.

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment