Thursday 24 January 2019

Musim Luruh Di Washington Bulan September

Kembara sempena ulang tahun perkahwinan sudah hampir ke penghujungnya. Dua hari terakhir kami bermalam di Seattle Bellevue Marriott di mana hotel penginapan ini sudah dianggap seperti rumah kedua. Anda boleh ikuti artikel mengenai hotel kegemaran kami ini melalui alamat di bawah;
http://sharery.blogspot.com/2018/09/hotel-seattle-marriott-bellevue.html?q=marriott+bellevue
http://sharery.blogspot.com/2018/09/m-club-lounge-seattle-marriott-bellevue.html

Musim luruh baharu sahaja masuk beberapa hari tetapi cuaca sangat panas. Ia begitu berbeza dengan cuaca di tempat saya di Vancouver, Kanada di mana suhu sudah mulai turun pada penghujung musim panas. Kesemua tempat seperti di dalam gambar-gambar ini sudah biasa dilawati. Apa yang mengejut dan menyedihkan ialah apabila melihat salah sebuah tempat tumpuan pelancong yang terkenal di bandar Seattle iaitu Gum Wall sudah kurang tarikannya. Dinding bangunan yang sebelum ini ditampal dengan gula-gula getah yang dianggap sebagai seni telahpun dibuang hampir kesemuanya.

Kedai Starbucks pertama di dunia sering penuh dengan kedatangan pelancong. Sudah menjadi kebiasaan melihat pelanggan beratur sehingga ke luar kedai semata-mata untuk memesan minuman dan membeli cenderamata. Setiap kali datang ke Seattle, pasti saya dan suami singgah di sini hanya untuk mengambil gambar walaupun selalunya gambar yang dirakamkan adalah di tempat yang sama. Kepada anda yang teringin datang ke kedai Starbucks pertama dunia dan tidak mahu beratur lama panjang dan bersesak dengan pelanggan lain, saya galakkan anda datang seawal kedai baharu sahaja dibuka pada waktu pagi atau satu jam sebelum kedai ditutup pada waktu malam.

Seluruh cawangan Starbucks di Seattle adalah yang pertama di dunia akan mula memansuhkan penggunaan penyedut minuman. Kemudian diikuti pula dengan cawangan Starbucks di Vancouver, British Columbia, Kanada.
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment