Monday 14 January 2019

Astoria, Oregon (Bahagian 2)

Artikel ini bersambung dari bahagian pertama. Anda akan ketinggalan sekiranya tidak membaca artikel sebelumnya; http://sharery.blogspot.com/2019/01/astoria-oregon-bahagian-1.html

Astoria ialah sebuah bandar pelabuhan yang juga merupakan bandar tertua di negeri Oregon dan bersempadan dengan negeri Washington. Bandar ini terletak di pinggir Sungai Columbia di mana sungai ini bertemu dengan Lautan Pasifik. Salah sebuah tempat tarikan yang wajib dikunjungi ialah Astoria Column. Menara ini berdiri megah di atas Bukit Coxcomb yang dibina pada tahun 1926 dengan ketinggian 38 meter dan 164 anak tangga berpusar terus naik ke anjung tinjau iaitu bahagian paling atas menara. Tiada bayaran dikenakan untuk menaiki menara cuma tempat meletak kenderaan sahaja yang dikenakan bayaran sejumlah USD5. Pemandangan bandar Astoria yang dilihat dari anjung tinjau menara sungguh indah dan mendamaikan ditambah pula dengan cuaca yang begitu baik pada hari tersebut.

Keseluruhan tiang menara ini mempunyai hasil seni yang direka untuk memperingati beberapa peristiwa bersejarah yang pertama ialah sejarah mengenai penemuan Sungai Columbia oleh Kapten Robert Gray, kedua ialah berakhirnya ekpedisi oleh Lewis dan Clark dan ketiga ialah sejarah kedatangan kapal Tonquin. Setiap dari peristiwa bersejarah ini telah menyumbang kepada pembentukan negeri Oregon, Washington, Idaho dan sebahagian dari Montana serta Wyoming.
Dari Astoria Column, pemanduan diteruskan menuju ke pusat bandar Astoria yang hanya mengambil masa beberapa minit dan membuat persinggahan untuk makan tengah hari. Saya akan siarkan dua lagi artikel berserta video Astoria Column tidak lama lagi sebelum pemanduan kembara hari ketiga berhenti di SeaTac, Washington.

You Tube : Shery NN
Instagram : blog_th2010

No comments:

Post a Comment