Tuesday, 22 January 2019

Musim Luruh Di Oregon, Amerika Syarikat

Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan saya dan suami yang ke-9 pada bulan September tahun lalu, kami melakukan kembara di dua buah negeri di Amerika Syarikat. Oregon dan Washington ialah negeri yang sudah tidak asing bagi kami, akan tetapi kembara pada kali ini kami telah ke tempat-tempat yang belum pernah dilawati. Sebuah tempat yang sudah lama saya idamkan untuk pergi dan akhirnya impian menjadi kenyatan ialah Taman Negara Tasik Crater yang merupakan tasik paling dalam di Amerika Syarikat dan mengandungi air tasik antara yang terbersih di dunia.

Musim luruh baharu sahaja masuk beberapa hari tetapi cuaca sangat panas kecuali waktu pagi di Taman Negara Tasik Crater. Ia begitu berbeza dengan cuaca di tempat saya di mana suhu sudah mulai turun pada penghujung musim panas. Gambar-gambar dan video yang dimuat naik di bawah dirakamkan semasa perjalanan dari Vancouver, British Columbia, Kanada ke Eugene, Oregon pada hari pertama kembara yang jaraknya ialah lebih kurang 677 kilometer. Kami singgah makan tengah hari di Portland dan bermalam di Travelers Inn Motel di Eugene.
Di sini saya senaraikan artikel-artikel kembara sempena ulang tahun perkahwinan yang telah disiarkan.
Crater Lake National Park, Oregon
http://sharery.blogspot.com/2019/01/crater-lake-national-park-oregon.html
Pemanduan Dari Crater Lake Ke Tigard, Oregon
http://sharery.blogspot.com/2019/01/pemanduan-dari-crater-lake-ke-tigard.html
Washington Square Inn, Tigard, Oregon
http://sharery.blogspot.com/2019/01/washington-square-inn-tigard-oregon.html
Astoria, Oregon (Bahagian 1)
http://sharery.blogspot.com/2019/01/astoria-oregon-bahagian-1.html?m=1
Astoria, Oregon (Bahagian 2)
http://sharery.blogspot.com/2019/01/astoria-oregon-bahagian-2.html
Melawat Ke Tempat Kelahiran Dan Taman Peringatan Kurt Cobain
http://sharery.blogspot.com/2019/01/melawat-ke-tempat-kelahiran-dan-tugu.html
Pemanduan Dari Astoria, Oregon Ke SeaTac, Washington
http://sharery.blogspot.com/2019/01/pemanduan-dari-astoria-oregon-ke-seatac.html
Video ini boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN; https://youtu.be/w4xKRmECadw

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment