Thursday 13 January 2011

Berita Gembira Di Perantauan

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Pertemuan

Tentu anda ingin tahu apakah berita gembira yang di maksudkan.Sejak saya tinggal di perantauan,berita yang kerap kali menggembirakan hati saya ialah apabila mendapat tahu ada tetamu dari Malaysia yang akan melawat saya. :-)

Dalam minggu ini,saya menerima kunjungan dari dua orang tetamu iaitu sahabat saya yang bekerja dengan Penerbangan Malaysia.Untungnya saya pernah bekerja sebagai pramugari,oleh itu walaupun sudah menetap jauh tetapi saya masih berkesempatan berjumpa dengan bekas rakan sekerja yang kebetulan bertugas terbang ke Australia.

10/01/2011
Pertemuan dengan Ismarina beberapa hari yang lepas adalah pertemuan kali ke empat sejak saya tinggal di sini.


Gambar ini dirakamkan di Melbourne pada bulan Oktober 2010(tiga gambar di atas),dan pada 10hb Januari 2011(tiga gambar di bawah).

Suka bukan kepalang apabila bertemu sekali sekala dengan Ismarina kerana di kesempatan inilah kami dapat meluangkan masa bersiar siar,'melepak'sambil menghirup minuman coklat panas dan berkongsi pelbagai cerita.Tidak cukup di situ, perbualan kami bersambung sehinggalah ke bilik hotel.Seperti kebiasaan,saya menemani beliau sehingga masa untuk daftar keluar(check out).

Ismarina seringkali memberi saya ole-ole dan menawarkan bantuan sekiranya saya ingin mengirimkan apa sahaja barang keperluan dari Malaysia dan terbaru,saya meminta beliau membelikan acuan kuih cara.Terima kasih dan semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang :-)


12/01/2011

Di Malaysia,saya memiliki lebih ramai sahabat baik lelaki berbanding perempuan,malah hubungan persahabatan kami masih terjalin sehingga ke hari ini.Salah seorang yang saya maksudkan ialah Nuzul Hafizi.Saya bersyukur suami amat memahami malah keluarga termasuk ibu saya juga sudah lama mengenali sahabat-sahabat baik saya dengan lebih dekat.

Ini adalah pertemuan kedua saya dengan Fizi di Melbourne.Lebih istimewa kedatangan Fizi pada kali ini ialah beliau menyerahkan kad jemputan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung pada 30hb Januari akan datang.
Saya sungguh berbesar hati dan terharu kerana walaupun beliau mengetahui yang saya dan suami tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan ini,tetapi kad jemputan tetap di hulur sebagai tanda ingatan.


Gambar dirakamkan pada bulan Oktober 2010(tiga gambar di atas)dan pada hari semalam 12hb Januari(empat gambar di sebelah bawah)

Kepada Fizi dan Mazuin,selamat menempuh alam rumahtangga.Semoga berbahagia hingga akhir hayat. :-)

Tidak kira pertemuan dengan Ismarina,Fizi atau sahabat saya yang lain,topik utama perbualan kami ialah mengenai kerja.Mujurlah suami saya juga bekerja dalam industri penerbangan,jadi beliau tidak bosan apabila mendengarnya :-)

Bak kata pepatah,di mana ada permulaan di situ juga akan ada pengakhirannya.Gembira saya tidak lama  kerana sahabat-sahabat saya akan pulang juga ke tanah air.Saya selalu menyembunyikan satu perasaan setiap kali mengucapkan selamat tinggal kepada mereka iaitu perasaan sedih.Pernah terjadi pada tahun lalu,ketika abang angkat saya iaitu Kapten Radzuan Johari(juruterbang MAS) berlepas dari Perth pulang ke Kuala Lumpur,saya tidak mempunyai daya kekuatan dan akhirnya saya menangis juga.

Jika dahulu ketika di Malaysia saya jarang menitiskan air mata,tetapi apabila sudah berada di perantauan,air mata sudah menjadi sahabat saya.Saya tetap bersyukur kerana saya masih ada sahabat yang sudi melawat dan menziarahi saya di sini walaupun masa tidak mengizinkan kerana mereka datang kerana bertugas,tetapi saya amat menghargai setiap masa yang di luangkan.

Doa saya semoga akan menerima lagi lebih ramai tetamu dari Malaysia pada masa akan datang,Amin....

6 comments:

  1. acuuuuuuuuuu.. xmo sedey2 k... hepy2.. mybe lepas nie gmba cek plak ade kt blog acu kan..kan..Insyallah Aminn.. acu bwak cek g mkn kt tmpat sedap2.. wee~ nyummy.... :)

    ReplyDelete
  2. Cek,okie dokie.Nanti kita jalan2 cari makan.Tapi seafood yang cek suka tu takde kat Melbourne tau.Makanan tu kat Perth :(

    ReplyDelete
  3. Lepas rindu bila ada sahabat datang ziarah dari tanahair. :) Ada masa akan berjumpa lagi.

    ~ Kakak Cranbourne ~

    ReplyDelete
  4. Kakak Cranbourne : Alhamdulilah,ni pun kira rezeki :)

    ReplyDelete
  5. sedihhh eh bila time part nka berpisah.....bcab pun dah sedihhh


    akak ngembeng

    ReplyDelete
  6. Kita pun sedih :(( bila kena kerje away lama lama :((

    Best gak jumpa member datang dari jauh.
    Next time datang lagi yea. Bleh ronda ronda lagi :)

    ReplyDelete