Tuesday 28 June 2011

Kabus Luar Biasa Di Melbourne

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Melbourne kerap kali mengalami kabus sesudah subuh atau awal pagi,tetapi sangat jarang terjadi kabus di sebelah siang hari.

(28hb Jun)
Pada jam 4.15minit petang tadi,sesudah saya membeli sedikit barangan dapur di sebuah pasaraya,saya tergamam apabila melihat bangunan apartment yang saya diami sudah kelihatan separuh sahaja.

Apa yang terlintas di fikiran ialah,mungkin telah berlaku kebakaran di sekitar kawasan apartment. Saya langsung tidak memikirkan ianya adalah kabus,kerana awal pagi tadi saya sudah melihat ramalan kaji cuaca yang mengatakan kabus hanya pada sebelah pagi sahaja.

Dalam perjalanan berjalan kaki untuk pulang ke rumah barulah saya sedari,tidak ada sebarang kebakaran tetapi ternyata ianya adalah kabus.

Tiba sahaja di rumah,terus saya mencapai kamera untuk menangkap gambar pemandangan dari balkoni.
4.29 minit petang

4.31 minit petang
Kabus berlarutan sehingga ke malam.
10.22 minit malam
Ketiga-tiga gambar yang anda lihat ini sama seperti mata saya yang melihat.Saya tidak melakukan sebarang pengubahsuaian (edit) ke atasnya.Sehingga artikel ini ditulis,iaitu pada jam 12.45minit tengah malam,keadaan di luar masih tidak berubah(sama seperti gambar di atas).

Sekian

5 comments:

  1. langsung xleh npak pe eak,,,seram lak,,,skrg musim pe kt sne,,,

    ReplyDelete
  2. Dia jadi waktu petang or dari pagi till petang?

    yie ada buat research..and yep. Scientist pon kata ini adalah rare event.

    ni webpage tersebot. http://www.news.com.au/national/melbourne-hit-by-freaky-fog-that-looks-like-armageddon-rolling-in/story-e6frfkvr-1226083726777

    ReplyDelete
  3. Zana : sekarang musim sejuk (winter)

    Acab : Masa gbr ni diambil,baru terjadi,dan midnight baru clear semula.
    Thanks for the link.news.com.au ni mmg acu baca hari2. :)

    ReplyDelete
  4. Teruk waktu tu in MEL. Kita plak sangkut delayed for nearly 5hrs due to severe storms.

    ReplyDelete
  5. Pilotz : Tu lah,cuaca tak baik minggu tu :(

    ReplyDelete