Wednesday 15 June 2011

ZARA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

ZARA ialah rangkaian jenama pakaian yang berasal dari Sepanyol.Jika anda berada di Malaysia,pasti pernah melihat beberapa cawangannya di pusat membeli belah di sekitar ibu kota.

Jangan terkejut jika saya katakan,jenama ZARA baru sahaja memasuki negara atau pasaran Australia.Butik ZARA pertama telah dibuka pada bulan April lalu di Sydney,manakala butik kedua  dibuka pada hari ini di Bourke Street Mall, Melbourne.

Saya ada beberapa koleksi pakaian dari jenama ZARA  tetapi bukanlah peminat setianya.
Walau bagaimanapun,di kesempatan ini saya mengambil peluang untuk menjadi antara pengunjung terawal yang menjejakkan kaki di hari pertama pembukaan butik ZARA di Melbourne :-)
Pengunjung perlu beratur sebelum masuk ke dalam
Zara di Bourke Street, Melbourne
 Bangunan setinggi tiga tingkat ini merangkumi bahagian wanita,kanak-kanak dan lelaki.
Apa yang boleh saya ulaskan,harga yang ditawarkan amat berpatutan dan lebih murah berbanding dengan jenama-jenama tempatan serta jenama kegemaran saya iaitu MNG yang juga berasal dari Sepanyol.

Oleh kerana barisan untuk ke bilik persalinan dan kaunter bayaran terlalu panjang dan orang ramai berasak-asak seakan tidak ada hari esok bagi mereka,maka saya simpankan hasrat untuk membeli.Saya lebih senang meneliti dan membelek pakaian dan harga dalam keadaan yang tenang.

7 comments:

  1. dah agak anda pengunjung terawal!.....kekekkeke


    Chef

    ReplyDelete
  2. Chef : rumah dekat,boleh la menjenguk sekejap.kalau jauh,kirim salam sudah..hehehhe

    ReplyDelete
  3. I memang tak penah dengar ZARA ni until semalam keluar news dan bila my husband bagitau, sebab dia gi kerja naik train/tram dia nampak ramai orang dok beratur depan kedai dari jam 6 pagi lagi.. :)

    ~KC~

    ReplyDelete
  4. okey, nnti balik ke Malaysia, belikan nisah baju dari ZARA ye :)

    ReplyDelete
  5. KC : Tu lah,sanggup diorg kesejukan.Ish tak kuasa.I pergi pun dah bukan peak hr..datang dlm pukul 3pm gitu.

    Chinta Nisah Idham : ZARA di Msia harganya lebih murah dari Australia.So tunggu balik Msia,kita shopping sesama ye :)

    ReplyDelete
  6. Retail war dah bermula in AU =) MYER & DJ dah ada major contender in the market. Zara giving them a run for their money
    .

    ReplyDelete
  7. Pilotz : Not even Myer and DJ,other local brands pun sangat lah mahal.so Zara satu pesaing baru! :)

    ReplyDelete