Sunday, 22 May 2016

Keindahan Musim Bunga Di Omaha, Nebraska

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Omaha adalah bandar terbesar di negeri Nebraska dan yang ke-42 terbesar di Amerika Syarikat. Populasi penduduk dibanci sehingga tahun 2014 ialah seramai 446 600 orang. Ahli perniagaan terkenal yang juga antara terkaya di dunia, iaitu Warren Buffett juga dilahirkan di Omaha.
Semoga anda terhibur melihat 20 keping gambar keindahan bandar Omaha yang saya rakamkan pada musim bunga.


Pusat  bandar Omaha.




Tengah hari di Omaha.




Walaupun nampak seperti panas terik, tetapi cuaca pada tengah hari itu agak dingin.




Gene Leahy Mall




Gene Leahy Mall adalah sebuah taman rekreasi seluas 10 ekar yang terletak di tengah-tengah pusat bandar.




Tidak ada pengunjung ketika saya berada ketika gambar dirakamkan kerana saya berada di sini pada hari bekerja.







Pokok-pokok di sini akan diterangi dengan ribuan lampu pada waktu malam ketika tiba musim cuti yang panjang (winter holiday season).



Gene Leahy Mall merupakan lokasi paling sesuai untuk melihat pemandangan hampir keseluruhan pusat bandar Omaha.
































Bangunan Union Pacific Center adalah yang ketiga tertinggi di bandar ini.



Salah sebuah bangunan bersejarah.



Union Pacific Center menempatkan ibu pejabat (headquaters) untuk syarikat keretapi terbesar dan tertua di Amerika Syarikat serta salah satu yang terbesar di dunia iaitu Union Pacific Railroad.
Ia ditubuhkan pada tahun 1862 dan masih beroperasi sehingga ke hari ini. 



Selamat tinggal Omaha. Semoga saya dan suami dapat kembali semula ke sini di masa akan datang.


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, 
blog_th2010.


No comments:

Post a Comment