Wednesday 18 May 2016

Lincoln - Ibu Negeri Nebraska, Amerika Syarikat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Lincoln merupakan ibu negeri bagi Nebraska. Dengan populasi penduduk dianggarkan seramai 272 996 orang (bancian sehingga tahun 2014), Lincoln berada di tempat kedua bandar paling besar selepas Omaha. Tujuan utama bagi lawatan ke sini tentunya ingin mengambil gambar bangunan pentadbiran kerajaan negeri (Nebraska State Capitol).

Saya dan suami bertolak dari Omaha ke Lincoln pada sebelah pagi dan masa pemanduan yang diambil ialah kira-kira 1 jam. Cuaca pada hari itu adalah sangat baik dengan langit membiru tanpa awan walaupun suhu agak rendah dan berangin.


Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Nebraska


Kereta rasmi pengawal bangunan.



Bangunan ini mengambil masa 10 tahum untuk disiapkan (1922-1932).



Menara bangunan boleh dilihat sejauh 30 batu.


Faktor cuaca yang terang benderang memberikan lebih keindahan kepada bangunan pentadbiran kerajaan negeri Nebraska.



Waktu lawatan diletakkan di perkarangan bangunan.



Patung Abraham Lincoln, bekas Presiden Amerika Syarikat.


Sepuluh gambar yang saya sertakan di bawah ini saya rakamkan di sekitar bandar Lincoln.






























Entri selepas ini akan saya paparkan mengenai bandar terbesar di Nebraska iaitu Omaha. Nantikan tidak lama lagi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

No comments:

Post a Comment