Selain dari itu Gastown mempunyai banyak galeri seni, butik pakaian, kedai perhiasan dalaman rumah dan cenderamata.
Kepada pelancong yang pertama kali ke Gastown, lawatan tidak lengkap sekiranya tidak melihat dari dekat jam wap (steam clock) dan patung "Gassy" Jack Deighton. Secara khususnya, kesemua tempat-tempat yang saya nyatakan di atas terletak di Water Street dan bangunan-bangunan di sini ialah mempunyai seni bina lama. Pengambaran filem Fifty Shades of Grey pada tahun 2014 dan Fifty Shades Darker serta Fifty Shades Freed pada tahun 2016 turut dijalankan di sekitar kawasan ini malah satu tahu lokasi yang tepat.
Setiap kali berkunjung ke Gastown, saya tidak jemu melihat dan mengambil gambar bangunan Flatiron (berbentuk segi tiga) yang dahulunya ialah Hotel Europe. Bangunan Flatiron ini seiras dengan yang ada di banyak bandar lain contohnya di Toronto, New York, Seattle dan San Francisco. Sila tontoni video yang saya muat naik di bawah untuk melihat kawasan kejiranan bersejarah Gastown dan jam wap yang masih lagi berfungsi. Gambar-gambar dan video dirakamkan pada musim panas beberapa bulan lalu.
https://youtu.be/ZmMgvrlqG4c
No comments:
Post a Comment