Sunday 3 December 2017

Rawatan Spa Di QANTAS International First Class Lounge, Sydney

Penumpang kelas pertama dan pemegang kad penumpang kerap taraf Platinum bagi penerbangan antarabangsa Qantas di Lapangan Terbang Sydney dan Melbourne diberi peluang menikmati rawatan spa secara percuma sebelum penerbangan. Tempahan boleh dilakukan lebih awal melalui panggilan telefon atau di meja penyambut tetamu di Qantas International First Lounge. Sekiranya tempahan dibuat di meja penyambut tetamu, ia berdasarkan 'first come-first served basis'.

Mereka boleh memilih salah satu rawatan yang ditawarkan seperti urutan badan, muka, tangan dan kaki. Satu sesi rawatan mengambil masa selama 20 minit. Produk yang digunakan semasa rawatan ialah dari jenama ASPAR iaitu produk mewah rawatan spa dari Australia.

Untuk memberikan ketenangan semasa menerima rawatan, muzik bernada tenang dimainkan di dalam bilik tersebut. Oleh kerana rawatan yang diterima begitu memuaskan, 20 minit urutan badan yang saya pilih terasa sangat singkat. Tontoni video di bawah di mana anda dapat melihat bilik spa di Qantas International First Lounge, Sydney.
Video ini boleh juga ditonton melalui saluran You Tube Shery NN; https://youtu.be/cu0I3PEguVc

Maklumat lanjut mengenai penumpang yang layak untuk masuk ke Qantas International First Lounge boleh di baca melalui artikel di bawah;
http://sharery.blogspot.ca/2017/03/qantas-international-first-lounge-sydney.html?q=qantas+lounge

You Tube : Shery NN
Instagram : blog_th2010

No comments:

Post a Comment