Tuesday 9 April 2019

Bertemu Pemain Hoki Ais NHL Vancouver Canucks (Disember 2018)

Buat kali ketiga pada tahun 2018, saya berpeluang bertemu dengan pemain hoki ais NHL dari pasukan kegemaran saya iaitu Vancouver Canucks. Pada kali ini saya serta peminat yang lain dapat bergambar dengan pemain sayap kanan, Jake Virtanen. Kami juga menerima sekeping poskad istimewa yang telah ditandatangani. Keseluruhannya kenangan manis pada tahun lalu ialah saya dapat bertemu dengan empat orang pemain dari pasukan yang sama.

Sesi bertemu peminat dengan Jake Virtanen diadakan di salah sebuah pusat membeli belah di Vancouver pada 14 Disember 2018 yang dianjurkan oleh Telus iaitu syarikat telekomunikasi Kanada yang sedang mempromosikan siaran tv berbayar bagi program Kejohanan Hoki Ais Remaja Dunia. Jake Virtanen pernah menyertai kejohanan tersebut mewakili Kanada pada beberapa tahun lalu.

Di bawah ini saya kongsikan dua artikel mengenai pertemuan saya dengan tiga orang pemain lain yang juga rakan sepasukan Jake Virtanen.

18 Februari 2018
http://sharery.blogspot.com/2018/08/bertemu-pemain-hoki-ais-nhl-vancouver.html?q=pemain+hoki+ais
27 November 2018
http://sharery.blogspot.com/2019/03/bertemu-pemain-hoki-ais-nhl-vancouver.html?q=pemain+hoki+ais

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment