Wednesday 3 April 2019

Suasana Menjelang Krismas Di Stanley Park Vancouver

Biasanya terdapat banyak tempat yang menganjurkan pesta atau festival lampu sempena menjelangnya Hari Krismas. Ada yang mengenakan bayaran masuk dan ada juga yang percuma. Bright Nights In Stanley Park ialah festival yang diadakan selama beberapa minggu di Stanley Park, Vancouver dan tidak mengenakan sebarang bayaran kecuali jika pelawat ingin menaiki kereta api yang bergerak di sekeliling taman. Terdapat tabung derma untuk pasukan bomba yang diletakkan di hadapan pintu masuk. Boleh dikatakan semua pelawat datang sambil menderma. Ini merupakan salah satu cara untuk kita berbakti dan membalas jasa kepada mereka yang bertugas untuk keselamatan rakyat.

Semasa pertama kali datang ke festival Bright Nights In Stanley Park pada 1 Januri 2018, saya demam, tidak mengambil banyak gambar dan pendek kata langsung tidak terhibur. http://sharery.blogspot.com/2018/08/1-januari-2018-di-vancouver.html?q=bright+nights
Peluang datang kali kedua membuatkan saya mengambil peluang mengambil banyak gambar dan video. Tip untuk mengelak dari bersesak dengan orang ramai di mana-mana festival sempena musim perayaan ialah datang pada minggu pertama festival bermula. Oleh kerana itulah saya datang ke sini pada 5 Disember dan ke Canyon Lights at Capilano Suspension Bridge Park pada 4 Disember. http://sharery.blogspot.com/2019/03/festival-lampu-di-jambatan-gantung.html


Video yang dirakamkan semasa lawatan agak menarik untuk ditonton kerana saya tidak menambah sebarang muzik latar belakang sebalikmya anda dapat turut merasai kemeriahan sambil mendegar muzik yang diputarkan di dalam kawasan festival.
Blogspot menghadkan saiz video, justeru untuk menonton video dengan kualiti yang baik anda perlu ke saluran You Tube Shery NN; https://youtu.be/pHvVdgnSS7I

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment