Setiap tahun Capilano Suspension Bridge Park menganjurkan festival lampu pada musim sejuk sebelum menjelangnya Hari Krismas yang diberi nama Canyon Lights Winter Festival. Dua daripada empat artikel yang pernah disiarkan ialah semasa lawatan saya pada festival tersebut.
http://sharery.blogspot.com/2018/07/jambatan-gantung-capilano-vancouver.html?q=capilano
http://sharery.blogspot.com/2018/07/jambatan-gantung-capilano-vancouver_12.html?q=capilano
http://sharery.blogspot.com/2018/08/1-januari-2018-di-vancouver.html?q=capilano
http://sharery.blogspot.com/2018/12/laluan-tebing-di-capilano-suspension.html?m=1
Pada awal Disember 2018, sekali lagi saya dan suami membuat lawatan ke Capilano Suspension Bridge Park. Kami memilih untuk datang pada minggu pertama bermulanya festival kerana tempoh ini masih pada bukan musim cuti perayaan dan pelawat juga tidak ramai. Lawatan ini berbeza kerana pada lawatan sebelumnya ada sebahagian tempat ditutup kerana berlakunya kemalangan tetapi kali ini kami berpeluang berjalan di semua kawasan. Suhu pada malam itu ialah lebih kurang antara 3 darjah celsius dan 0 darjah celsius.
Ketinggian Jambatan Gantung Capilano hampir dengan Statue of Liberty di New York. Sila lihat papan tanda keterangan di dalam gambar yang keempat dan kelima.
Video yang dirakamkan juga berbeza berbanding dengan sebelumnya kerana pada kali ini saya tidak menambah muzik latar belakang. Anda dapat mendengar suasana persekitaran semasa lawatan termasuk bunyi deruan air sungai dan kolam.
Kualiti video ini lebih bagus ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ;
https://youtu.be/5OsDIQaGJEU
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN
No comments:
Post a Comment