Friday, 3 August 2018

1 Januari 2018 Di Vancouver

Di sini saya kongsikan gambar-gambar yang dirakamkan pada 1 Januari 2018 di Vancouver. Walaupun saya mengalami demam selsema, tetapi dikuatkan juga keluar rumah untuk mengambil angin dan udara segar. Pada sebelah petang sehingga malam saya ke Stanley Park dan melihat keindahan cahaya lampu sempena musim perayaan. Bright Nights in Stanley Park merupakan festival musim perayaan yang berlangsung setiap tahun. Bayaran dikenakan sekiranya pengunjung berminat untuk menaiki kereta api di kawasan festival.

Oleh kerana saya mempunyai pas tahunan Capilano Suspension Bridge Park, maka saya ke lokasi seterusnya untuk melihat suasana tahun baru di sana. Di dalam artikel ini saya turut memuat naik video yang dirakamkan di kedua buah tempat yang saya lawati.

Capilano Suspension Bridge Park 
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN:
https://youtu.be/AmyR4svOOtU

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment