Monday 13 May 2019

Musim Sejuk Di Seattle Januari 2019

Gambar-gambar yang dikongsikan di dalam artikel kali ini dirakamkan di Blaine, Seattle dan Bellevue, Washington, Amerika Syarikat pada musim sejuk bulan Januari 2019.

Blaine ialah sebuah bandar kecil yang terletak di sempadan negara Amerika Syarikat dan Kanada. Saya kerap datang ke Blaine tetapi berbeza semasa kedatangan yang paling baharu kerana saya ingin meninjau kedai kopi Starbucks yang pertama dibuka di Blaine dan juga cawangan yang terletak paling utara di negeri Washington. Seni bina bangunan Starbucks ini nampak menarik kerana ia seperti rumah api.

Dari Blaine, pemanduan diteruskan ke Seattle. Selepas makan malam saya ke Starbucks Reserve Roastery & Tasting Room. Saya pernah menyiarkan artikel mengenai lawatan saya ke sini. Pada kali ini saya datang melawat pada waktu malam. Senang juga untuk mengambil gambar dan video kerana tidak ramai pelanggan pada malam itu.

Di Seattle, saya juga berkesempatan melawat ke ibu pejabat dunia Starbucks.
Restoran halal kegemaran saya di Seattle ialah Olympic Express. Sajian makanan berunsurkan dari negara Thailand, Malaysia Dan Vietnam.

Kedua video ini dirakamkan di Starbucks, Blaine dan di Seattle. Video ini juga boleh ditonton melalui saluran
You Tube Shery NN;
1. https://youtu.be/88Wv7eOIQqE
2. https://youtu.be/Kl2s1C2s3xI


Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

2 comments: