Wednesday 8 May 2019

Musim Sejuk Di Vancouver, Kanada Januari 2019

Gambar-gambar di bawah dirakamkan pada musim sejuk sepanjang bulan Januari 2019 di bandar Vancouver dan kawasan yang berdekatan dengannya. Gambar paling banyak yang saya rakamkan pada berlainan hari dan waktu ialah di Pulau Granville serta Steveston, British Columbia. Ada beberapa tempat di Steveston dijadikan tempat untuk pengambaran drama dan filem. Kelihatan juga banyak papan tanda di tepi jalan raya utama yang memberi amaran dilarang meletak kenderaan. Gambar paling bawah anda dapat lihat para petugas produksi sedang bekerja.

Selain itu, saya turut kongsikan gambar semasa ke kedai donut terkenal Krispy Kreme di Delta yang merupakan satu-satunya cawangan yang ada di British Columbia. Sebaik sahaja masuk ke kedai ini, saya merasakan seperti kembali berada pada era 70an kerana hiasan dalaman dan temanya yang klasik.
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment