Thursday 13 February 2020

Waktu Transit Di Taipei

Satu lagi artikel yang saya siarkan di sini ialah mengenai persinggahan saya sekali lagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan Taoyuan (Taipei,Taiwan) sebelum pulang ke Vancouver, Kanada. Penerbangan saya dari Kuala Lumpur tiba di Taipei pada jam 7:30 malam. Kali ini tempoh persinggahan ialah selama 3 jam 30 minit dan saya menaiki monorel untuk membuat penukaran terminal. Saya juga turut menggunakan perkhidmatan bilik mandi percuma yang begitu besar, selesa dan bersih. Hanya tuala mandi yang dikenakan bayaran sewa. Selain itu, saya berpuas hati dengan perkhidmatan wifi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan Taoyuan.

Di dalam video yang dimuat naik di saluran You Tube Shery NN, anda dapat melihat rakaman video semasa saya menaiki monorel dan keadaan di dalam bilik mandi yang saya gunakan.
https://youtu.be/RJNnxNH7wSk

Artikel mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan yang disiarkan sebelum ini boleh dibaca melalui alamat seperti di bawah ;
http://sharery.blogspot.com/2020/01/lapangan-terbang-antarabangsa-taoyuan.html































Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment