Tuesday 4 February 2020

Lapangan Terbang Antarabangsa KL

Setelah bercuti di Malaysia selama 17 hari, tiba masanya untuk saya pulang ke Kanada. Terima kasih kepada beberapa ahli keluarga serta sahabat baik saya yang sudi menghantar saya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Di dalam artikel kali ini saya berkongsi gambar-gambar semasa saya berada di KLIA sebelum saya menaiki pesawat ke Taipei.

Sepanjang saya berkhidmat dengan Malaysia Airlines (MAS) dan menjadi penumpang biasa, saya belum pernah melawat ke 'KLIA Jungle Boadwalk' yang terletak di dalam bangunan terminal satelit. Maka dengan kesempatan yang ada pada kali ini, saya singgah sebentar dan merasai keindahan kehijauan di dalamnya sambil mendengar deruan air terjun buatan. Tidak ada pengunjung lain pada ketika itu dan ia memudahkan lagi saya untuk merakamkan video. Videonya boleh ditonton di saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/nEYbH3DUL64
















Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment