Thursday 30 January 2020

Hari Ulang Tahun Ibu Tercinta

Tujuan paling utama saya bercuti di Malaysia dan memberi kejutan kepada keluarga pada bulan April tahun lalu ialah kerana ingin menyambut hari ulang tahun ibu saya. Seingat saya, kali terakhir saya menyambut hari ulang tahun ibu ialah pada tahun 2009 iaitu sebelum saya berkahwin dan berhijrah ke Australia. Oleh kerana itu saya rasakan sudah tiba masa untuk berkongsi kegembiraan pada 14 April di mana usia ibu saya genap 80 tahun.

Kebetulan majlis hari ulang tahun yang saya adakan jatuh pada hujung minggu, maka dapatlah saya berkumpul bersama ahli keluarga yang lain. Selain hadiah yang dibawa dari Kanada, saya juga telah menempah pulut kuning dan kari ayam khas untuk majlis tersebut. Kegembiraan jelas nampak di raut wajah ibu ditambah pula beliau dapat menyambut hari lahir bersama cicit sulung pertama.

Saya sentiasa mendoakan agar ibu sentiasa di dalam keadaan kesihatan yang baik dan berharap dapat lagi menyambut hari ulang tahun ibu untuk tahun yang lain pula.
















Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube :Shery NN

No comments:

Post a Comment