Monday 14 June 2021

Taman Urban Di Dalam Pusat Membeli Belah Calgary

Sementelah berjalan-jalan di dalam bandar Calgary, saya masuk ke pusat membeli belah terkenal iaitu CORE Shopping Centre. Walaupun tidak ramai pengunjung, tetapi banyak premis perniagaan beroperasi seperti biasa dengan mengikut penjarakkan sosial yang ditetapkan. Saya suka melihat pusat membeli belah yang menggunakan bumbung kaca kerana ia nampak lebih terang dengan cahaya dari luar.

Satu lagi keistimewaan pusat membeli belah ini ialah terdapat sebuah taman urban yang besar di tingkat paling atas bangunan. Devonian Gardens mempunyai keluasan 1 hektar yang merangkumi pokok-pokok, kolam ikan, taman permainan dan banyak lagi. Meja dan kerusi yang disediakan di sini membolehkan pengunjung datang untuk berehat, makan tengah hari atau membaca buku. Dengan kemudahan yang ada, ia memang sesuai untuk pengunjung datang beriadah terutama pada musim sejuk bersalji kerana aktiviti harian di luar menjadi terhad apabila cuaca tidak mengizinkan. Apabila saya masuk sahaja ke taman ini, saya merasakan seperti berada di Lapangan Terbang Changi, Singapura. 
Maklumat lanjut mengenai Devonian Gardens boleh dibaca di sini; https://www.calgary.ca/csps/parks/locations/downtown-parks/devonian-gardens.html










g














Kepada yang ingin mengikuti perkembangan saya, anda boleh terus ke laman sosial saya yang lain dengan klik nama (username) di bawah ini.
Instagram : 
blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment