Sunday, 16 May 2010

Rindu...

Assalamualaikum w.h.t.
Di harap anda semua sihat sejahtera dan bergembira bersama keluarga dan rakan rakan di hujung minggu ini.

Bagaimana harus saya mulakan kata kata?Hmmmm..
Saya rindu Malaysia,saya rindu Perak,saya rindu Ipoh,saya rindu rumah,saya rindu keluarga,...
Sudah lapan bulan saya menetap di Australia,tetapi jauh di sudut hati.........
Tiap tiap hari tanpa gagal saya sentiasa mengingati apa yang saya tinggalkan di Malaysia,merindui keluarga,rakan rakan dan paling tidak di lupakan ialah Allahyarham ayahnda tercinta Noordin Ariffin.

   Kata orang,walaupun kita jauh,memadai sedekahkan surah surah untuk orang yang telah pergi.Alhamdulilah,saya ada lakukan,tetapi saya rasakan masih belum mencukupi,saya mahu menziarahi pusara arwah bapa dan arwah abang di Ipoh.


"Apak,adik rindu apak.Semoga kita berjumpa lagi di dalam mimpi ya.."

Sebentar tadi,saya melihat gambar ini,lalu saya tidak dapat menahan sebak...

Gunung Rapat,Ipoh ialah kampung halaman saya.Jalan Gunung Rapat dan Jalan Gopeng pula adalah dua batang jalanraya utama yang akan saya lalui setiap hari untuk pergi dan pulang dari sekolah.


Rumah dan kereta kesayangan.Apabila saya pulang nanti,saya berjanji pada diri sendiri untuk memandu selama yang boleh bersama Gen2.

Tahun ini buat pertama kalinya saya tidak dapat menyambut hari lahir dan hari Ibu bersama ibunda tercinta,Puan Fatimah Mohammed Hassan.Hanya hadiah dan kad ucapan dapat dikirimkan sebagai pengganti diri.

"Mak,nanti adik balik mak mesti masakkan sambal tumis udang,ikan termenung goreng,masak lemak ketam,ayam masak merah,nasi lemak.Nanti kita makan durian,cendol pulut sama sama ok.Nanti adik bawak mak pergi pasar malam Tambun."
Mak,adik tak pernah lupakan mak.InsyaAllah kalau ada rezeki kemudian hari adik akan terbangkan mak datang Australia lagi".

Gambar keluarga yang diambil semasa hari persandingan saya.Saya rindu semua..

     Kadang kadang saya menyukai lagu "Home" nyanyian dari Michael Buble kerana lagu ini mesti mengingatkan saya tentang kampung halaman.Tetapi ada waktunya juga,saya amat benci lagu ini kerana saya sedih kerana merindui kampung halaman dan keluarga tersayang.

Malaysia Airlines A330-300.Bila agaknya dapat saya rasai menaiki pesawat ini untuk pulang ke tanah air?

Iringan doa tidak putus putus dipanjatkan,tatapi masih belum dimakbulkan lagi.Hanya saya yang merasai dan hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Aku sebagai hambaMu tidak akan berputus asa meminta pertolongan dariMu YaAllah.
"Permudahkanlah segala urusan semoga aku dapat pulang ke Malaysia untuk melepaskan rindu berjumpa  keluarga dan rakan rakan,Amin"



Home is where the heart is.....

*gambar gambar di atas diambil dari koleksi peribadi serta dari Mohd Ashraff dan Pn Norhaidah*

10 comments:

  1. berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul..

    ReplyDelete
  2. acuuu.. sbar ye. xlma lagi.. insyaallah.. cek slalu doa moga2 acu cepat balik.. cek rindu sgt kt acu. 1st yg cek akn wat bila nmpak acu cek nk pelok acu laju2..

    ReplyDelete
  3. sedeyyy.

    tapi, bawa gen2 pun termasuk dalam kategori rindu ke? :)

    Sherry, sebab itu akak tak terima offer kerja kat overseas dulu tu sebab tak sanggup berjauhan dengan family. Walau sekarang kami jarang berhubung but i know they are only a drive away. Bang Zul selalu marah sebab dia memang suka hujan emas dari hujan batu. Memang dia tu...

    But berat bahu Sherry memikul, hanya diri sendiri yang merasainya kan.

    Buat ibu bapa terutama arwah bapak, jadilah anak yang saleh, itu tanggungjawab kita. Akak pun tak ada bapak jugak dan kalau rindu memang selalu menangis sorang2 :(

    KUSYI HIRDAN

    ReplyDelete
  4. Kak kusyi:Gen2 tu termasuk dlm senarai rindu.keta kesayangan!balik msia sy nak drive puas2 dari johor ke perlis.kwang kwang kwang ..
    Btul tu kak,bila sy igt arwah,air mata ni berlinangan je.kita yg takde bapak ni merasai lebih..kan?

    Akak doa2 kan sy dpt balik msia k.dan harap kita dpt jumpa,lepak2&makan2 lagi,InsyaAllah

    ReplyDelete
  5. so mesra and brotherly kan??

    ReplyDelete
  6. kabo baik mak diba.apa yg mesra brotherly?

    ReplyDelete
  7. tu ha.. gambo profile, aiman dgn shoib. tak nampak ke? ntah, aku belasah je..^_^

    ReplyDelete