Tuesday 4 October 2011

SkyPoint Observation Deck, Gold Coast, Queensland

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

SkyPoint  terletak di tingkat 77 di dalam bangunan Q1, di Surfers Paradise Boulevard, Surfers Paradise, Gold Coast, Australia.Semasa kunjungan saya dan suami ke anjung tinjau SkyPoint pada 5hb September yang lalu, cuaca amat baik dan ini menambahkan keseronokan kami untuk mengambil gambar pemandangan.

Gambar atas : Baru selesai membeli tiket untuk naik ke SkyPoint.

Gambar bawah : Di pintu masuk.


Kamera diletakkan di bumbung lif yang boleh jelas dapat melihat pergerakannya.



Pemandangan yang sangat cantik dan sedap mata memandang. Gold Coast secara keseluruhannya mengingatkan suami saya akan Miami, Florida di Amerika Syarikat di mana beliau pernah menyambung pelajaran di sana.

Pemandangan 360 darjah yang indah dari tingkat 77.




Di anjung tinjau SkyPoint ini turut terdapat sebuah restoran dan bar khusus untuk para pengunjung.
Bayaran masuk bagi satu orang dewasa ialah AUD 21.00 dan kanak-kanak AUD12.50.
Harga istimewa ditawarkan sekiranya pengunjung berminat untuk masuk dua kali iaitu waktu siang dan malam.
Untuk maklumat mengenai harga tiket yang menawarkan pelbagai harga dan pakej menarik, anda boleh ke laman sesawang ini, www.skypoint.com.au

4 comments:

  1. Rindunya Fort Lauderdale & Miami =( zaman muda muda dulu hehe

    ReplyDelete
  2. InsyAllah if Ada rezki transfer over =)

    ReplyDelete
  3. pilotz : InsyaAllah,kalau ada rezeki tak kemana :)

    ReplyDelete