Semasa percutian saya dan suami di Gold Coast, Queensland beberapa bulan lalu, kami berkesempatan singgah sebanyak dua kali (hari yang berlainan) menjamu selera di sebuah restoran yang makanannya berunsurkan negara Itali iaitu Bonus Bros Cafe Restaurant .
Makan Tengah Hari
Menu. |
Dekorasi moden yang tidak menampakkan ciri-ciri restoran Arab. |
Roti bawang putih sebagai pembuka selera. |
Veal Parmagiana (daging anak lembu dimasak dengan keju dan sos tomato). |
Saya menikmati Veal Parmagiana manakala suami pula menjamu selera dengan pizza kegemarannya. |
Makan Malam
Bahagian hadapan restoran. |
Sekali lagi, pizza menjadi pilihan kami berdua. |
Kami mendapat layanan yang baik dan mesra dari pemilik Bonus Bros Cafe Restaurant. Walaupun beliau agak sibuk menguruskan dapur dan kaunter hadapan tetapi beliau masih mencuri sedikit waktu untuk berbual dengan kami. Pemilik dan juga ketua tukang masak yang di maksudkan ialah seorang lelaki yang berasal dari negara Turki yang telah menetap di Australia lebih kurang sepuluh tahun yang lalu.
Bonus Bros Cafe Restaurant
Shop 2/25 , Musgrave Avenue
Chirn Park, Labrador
Queensland
Tel: (07) 5532 2733
No comments:
Post a Comment