Tuesday 13 March 2012

Jangan Bergantung Harap Dengan Facebook

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

*Sekadar pendapat peribadi *

Kita tidak dapat menidakkan bahawa kita semua sekarang berada di dalam zaman teknologi maklumat.
Dengan adanya internet,komputer,komputer riba dan smartphone ,berita semasa di seluruh pelusuk dunia boleh kita ketahui dengan hanya di hujung jari sahaja.Saya sudah mengenali dunia internet serta lama sosial sejak dari zaman remaja sekitar tahun 1996 lagi.

Laman sosial juga menjadi salah satu pentas untuk berhubung antara satu sama lain .Antara yang begitu terkenal ialah Facebook.
Tanyalah sesiapa sahaja pasti mereka memiliki akaun Facebook,tidak kira yang tua mahupun kanak-kanak.Tahukah anda mereka yang di bawah umur tidak dibenarkan memiliki akaun laman sosial?
Berani saya katakan di sini,ramai pengguna internet terutamanya rakyat di negara Asia tidak mengetahui apa itu jenayah siber.

Berbalik kepada topik asal saya, apa reaksi anda(kepada pemilik akaun Facebook) sekiranya esok atau lusa hari Mark Zuckerberg mengisytiharkan Facebook akan gulung tikar?
Soalan saya nampak mustahil untuk terjadi,tetapi perlu di ingat,tidak ada yang tidak mustahil akan terjadi di dunia ini.
Jika tidak ada Facebook,bagaimana cara lain untuk melakukan perniagaan?Bertanya khabar kawan-kawan?Bagaimana mahu melihat gambar terkini mereka?Bagaimana mahu berdakwah?Bagaimana mahu mengetahui kemana mereka pergi bercuti? Bagaimana mahu meluahkan perasaan?Bagaimana lagi cara untuk perli memerli di dalam status?Bagaimana mahu mengikuti perkembangan artis-artis tempatan dan antarabangsa?

Pada pendapat peribadi saya,mudah sahaja.Jangan terlalu bergantung pada Facebook semata-mata.
Saya berkata sedemikian kerana saya juga sudah tidak bergantung kepada laman sosial Facebook.
Please think outside the box.Cuba anda fikirkan gaya kehidupan kita sebelum wujudnya Facebook dan laman sosial yang lain.Adakah jika seseorang itu tidak memiliki akaun Facebook mereka diibaratkan seperti katak di bawah tempurung?Atau dipulau dan dibenci oleh kawan-kawan?
Tidak ada Facebook tidak bermakna hubungan komunikasi antara satu sama lain terhenti begitu sahaja.

Fikirlah,masih ada banyak cara yang lain untuk bertanya khabar dan janganlah menggunakan alasan tidak ada Facebook susah untuk bertanya khabar.Itu adalah alasan yang tidak boleh diterima.Saya sendiri masih menggunakan beberapa cara lain/lama untuk berkomunikasi termasuklah cara mengutus surat(tidak selalu tetapi masih ada).

Kepada mereka yang mempunyai akaun Facebook,saya ingin meminta maaf sekiranya pendapat peribadi saya ini mungkin mengguris perasaan anda.
Seperkara lagi,akaun Facebook suami saya adalah hak milik beliau dan janganlah berharap akan ada perkembangan saya di dalam akaun beliau.
Saya tidak menafikan Facebook juga mempunyai kebaikan tersendiri cuma apa yang hendak saya tekankan disini ialah saya meminta jasa baik anda supaya menghormati keputusan saya dan suami.

Sudah masuk tahun ketiga saya menulis di dalam Terjemahan Hati.Kepada sahabat,saudara dan pembaca setia yang tidak saya kenali(anda tahu siapa), terima kasih yang tidak terhingga kerana walaupun anda tahu saya tidak mempunyai Facebook,tetapi anda tahu dimana untuk mengetahui perkembangan,bertanya khabar serta dapat melihat gambar-gambar terbaru saya :-)

Sekali lagi,terima kasih kerana memahami,menghormati akan keputusan saya dan masih setia dengan Terjemahan Hati .

Saya rindu anda semua :-)

7 comments:

  1. setuju sangat dengan entry akak, masih ingat lagi ketika berumur 13-17tahun, masa facebook tak wujud lagi, kalau nak tahu perkembangan artis setiap bulan kumpul duit beli majalah mangga & urtv. kalau nak tahu tentang kawan2, telefon guna public phone atau talian dari rumah. kalau kawan-kawan yang jauh berkirim surat.. dan hari ini.. kiriman surat tidak lagi nisah hantar gara-gara kewujudan facebook. .. ermm...

    ReplyDelete
  2. Nisah : Satu perkara lagi,kami di perantauan begitu merindui utk mengirimkan kad hari raya sehinggakan ada
    jualan kad ucapan hari raya di luar negara.Malah ada juga yg buat sendiri kad raya utk dikirimkan kepada keluarga di Malaysia.
    Tetapi di Malaysia atau SIngapura sekarang ini budaya menghantar kad ucapan hari raya sudah semakin pupus dan mereka hanya memberikan ucapan melalui sms sahaja.Ada pula
    yg sudah malas utk menaip,cukup sekadar SHR(selamat Hari Raya).sedih kan?
    Utk maklumat Nisah,hari raya Aidilfitri yg lepas,selain dua org anak buah dan abg sulung,kawan akak yg bukan beragama Islam yg tinggal di Malaysia dan seorang lagi orang ahli Parlimen Australia(orang putih) yg mengirimkan kad hari raya utk akak dan suami.Tak cukup kad,sms dia htr utk ucapkan selamat hari raya.sungguh terharu :)

    ReplyDelete
  3. betul.. cek setuju sangat dengan pendapat acu. zaman skrg esp rkyat mesia lah cek tengok terlampau taksub sgt dgn facebook. kekunun tnpa fb nie xley hidup. setiap masa nak updte nak tunjuk sapa lagi hebat. wktu awal2 fb nie mcm nmpak beri bnyak kebaikan. tapi bila makin lama bertambah2 buruk tengoknya. dh rmai yg fake alim. den yg alim pun dah pndai nk mengata nak mengumpat. sepatutnya org yg bljar agama xley buat pangai mcm tu. haih. minx kita dijauhkan drpd sifat PhD nie.. Amin..

    ReplyDelete
  4. Cek Ruby Intan : Betul tu,acu bermula dgn FB seawal tahun 2008 selepas puas dgn myspace dan friendster.memang dah 'jemu' dgn FB itu pasal acu berundur.
    Dulu masa ada fb,acu pernah ikut fb sorang ustaz ni,tapi bila dia dah mula nk org panggil status dia dan mencapurkan politik.hurmm..lps dari tu dah tak respect org mcmni.
    apa yg acu nmpk,dlm fb tu ramai org hipokrit.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, thks for posting this entry.... cukup faham dgn sekali baca... respect ur decision.

    Hope u are fine over thr...sihat2 selalu..take care..

    IH

    ReplyDelete
  6. akak, betoi tu.. dulu masa nisah kecil2 dulu sangat berbangga dengan gantungan kad2 .. setiap tahun memikirkan posisi mana harus di gantung kad2 tersebut, tetapi beberapa tahun ini, kad semakin kurang.. 3 tahun lepas dapatlah juga kad dalam 5 keping.. dulu sibuk duduk depan jualan kad utk memilih kad yang dipamerkan, kumpul duit semata-mata nak beli kad utk di hantar ke kawan2 dan sanak saudara.. sekarang, sekeping pun dah tak mandang.. sekarang hanya sibuk mencari broadband atau top up kredit je.. sedih jugak dengan keadaan ini, manusia semakin maju.. budaya semakin di lupakan.. agaknye zaman anak2 kita nanti, kad raya pun dah jual..

    ReplyDelete
  7. Nisah : Moga2 budaya ingat memperingati cara lama tidak luput dek zaman :)

    ReplyDelete