Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Saya dan suami tidak gemar berkunjung ke Los Angeles akibat faktor bandaraya yang terlalu padat,sibuk dan kesesakan lalu lintas yang sangat dahsyat.Kami datang ke sini hanya bersebab.Alang- alang datang untuk melawat lokasi pengambaran drama bersiri
CHARMED, maka kami mencuri sedikit masa untuk ke Hollywood sebelum menyambung perjalanan untuk bercuti ke San Francisco.
|
Gambar atas kiri : Wajah Audrey Hepburn dilukis di tepi bangunan
Gambar bawah kiri : Iklan dari www.filmworksla.com
Gambar atas kanan : Kedai cenderahati yang biasa kami kunjungi di Sunset Blvd
Gambar bawah kanan : Dapat meletakkan kereta kami di hadapan Chinese Theatre |
|
Saya pasti ramai yang suka menonton Anugerah Akademi ( Academy Awards) yang berlangsung setiap tahun di Hollywood.Upacara berprestij ini diadakan di Kodak Theatre yang baru sahaja ditukar nama ke Dolby Theate.
Gambar kiri tengah : Angelina Jolie sedang berjalan di atas permaidani merah.Para jemputan harus melalui butik-butik mewah sebelum masuk ke Dolby Theatre.Butik Louis Vuitton telah ditutup dengan langsir merah (betul-betul di belakang Angelina Jolie).Jika mahu melihat butik Louis Vuitton tidak ditutupi dengan langsir,sila lihat gambar sebelah kanan,dan butik itu terletak di atas kepala saya.
Gambar kiri bawah : Upacara perasmian sempena penukaran nama dari Kodak ke Dolby Theatre.
Dari dalam kaca televisyen,penonton pasti terpegun akan kecantikan bangunan ini termasuklah selebriti terkenal yang cantik bergaya berjalan di atas permaidani merah.Jika pada hari biasa, keadaan di sini jauh panggang dari api.Hollywood keseluruhannya sangat kotor |
Semasa percutian kami ke Los Angeles beberapa bulan lalu,kami tidak dapat mengambil banyak gambar di
Hollywood Walk Of Fame.Sementelah berada di sini,dapatlah kami kembali menyambung dengan mengambil gambar bersama plak nama bintang terkenal.
|
Steven Spielberg, Rod Stewart, Destiny's Child dan Harrison Ford |
|
Nicole Kidman, Sharon Stone, Jackie Chan dan Keanu Reeves |
|
Masih berada di Hollywood Walk Of Fame |
|
Tom Cruise, Snow White dan Loreal Paris yang diiktiraf sebagai "Friend Of The Walk Of Fame" |
|
Di hadapan Chinese Theatre terdapar banyak bekas tapak kasut dan tangan selebriti antarabangsa seperti contoh di atas ialah pelakon Harrison Ford |
|
Victoria's Secret Angels (peragawati Victoria Secret, Ryan Seacrest, Bruce Willis dan peniru gaya Charlie Chaplin |
|
Bersama peniru gaya Charlie Chaplin, bergambar di hadapan Madame Tussauds dan terdapat kedai yang menjual peta lokasi rumah bintang-bintang Hollywood |
Beginilah sedikit sebanyak gambar-gambar kami di sekitar Hollywood
yang saya kongsikan di sini.Semoga anda terhibur hendaknya.
:)
Love love love, so many things to see. Salu nya nampak tempat2 ni kat tv je..
ReplyDelete~KC~
KC : Betul,Apa saja ttg America biasanya kita nmpk di tv saja :)
ReplyDeleteBestnyaaa!!!! a'a betul selalu nmpak kat tv je.. nie yg real punyaaa.. smartlah cara acu snap gmba.. nampak macam betul. macam boleh pegang and baca sebijik2.. :D
ReplyDeleteRabiatul : Betul, sebelum ni tengok kat tv je :)
ReplyDeleteHollywooddddddddd :) Vibrant silver screen city.
ReplyDeletePilotz : Sesak nafas bila datang sini, kotor pulak tu.Beverly Hills jugak yg best
ReplyDeleteSetuju... SFO lebih best berbanding LA..... satu lagi mungkin faktor suhu....
ReplyDeleteAlizal : Itu lah, walaupun dalam satu negeri tapi dua bandar ni banyak perbezaannya :)
Delete