Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Melalui berita dan beberapa laman sosial media, saya mendapat informasi yang hari ulangtahun bagi pengacara televisyen serta selebriti terkenal Oprah Winfrey jatuh pada 29 Januari. Hari ini terlintas di fikiran saya untuk berkongsi cerita dan gambar-gambar dengan para pembaca kenangan saya dapat berjumpa Oprah di Melbourne, Australia pada Oktober 2010.
Berkat kesabaran datang awal ke Federation Square (lebih kurang 11.50pagi) dan sanggup berdiri selama beberapa jam akhirnya membuahkan hasil. Walaupun tidak berpeluang bersalaman dengan beliau, tetapi saya berpuas hati kerana dapat berdiri di antara barisan hadapan dan boleh merakamkan gambar beliau dengan jelas sekali.
|
Melbourne mengalu-alukan kedatangan Oprah. |
|
Gambar kandid jurukamera yang sedang bertugas, pengacara televisyen yang bersiap sedia untuk lintas langsung dan penyampai radio yang sedang menemu ramah peminat Oprah. |
|
Di sekitar Federation Square, tempat di mana warga Melbourne bakal bertemu dengan Oprah Winfrey. |
|
Gambar atas : Helikopter dari stesen televisyen (Channel 9) yang sedang membuat lintas langsung dari udara.
Gambar tengah dan bawah : Ribuan peminat sudah memenuhi Federation Square. |
|
Antara peminat Oprah dari Amerika Syarikat yang dibawa naik ke pentas untuk memberi peluang kepada mereka mencuba makanan tradisional yang juga turut menjadi ikon Australia iaitu biskut Tim Tam (gambar paling atas), biskut ANZAC (gambar tengah) dan Lamington (gambar bawah). Pengacara terkenal Australia iaitu Carrie Bickmore telah memberi penerangan mengenai kesemua makanan tersebut. |
|
Kumpulan terkenal Human Nature yang berasal dari Australia (saya pernah membesar dengan mendengar lagu dari mereka) turut memanggil peminat Oprah yang diterbangkan dari Amerika Syarikat untuk sama-sama menari di atas pentas. |
|
Gambar atas : Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Inilah gambar Oprah pertama yang dapat saya rakamkan. Beliau tiba pada jam 4.00 petang.
Gambar tengah : Oprah dikawal rapi oleh para pengawal keselamatan.
Gambar bawah : Oprah sedang memberikan ucapan. |
|
Gambar atas dan bawah : Ucapan Oprah bukan sahaja menghiburkan peminat malah tetamu kenamaan.
Gambar tengah : Di belakang Oprah dari kiri ialah pengacara Carrie Bickmore, Perdana Menteri Australia, Menteri Besar Victoria, penyanyi terkenal Jessica Mauboy dan kumpulan Human Nature yang telah menempa nama di Amerika Syarikat. |
|
Gambar atas dan tengah : Gambar Oprah yang paling dekat dapat saya rakamkan.
Gambar bawah : Oprah bergambar dengan Perdana Menteri dan Menteri Besar. |
|
Gambar atas : Selain pengawal keselamatan, dua orang pembantu peribadi Oprah turut menjalankan tugas demi untuk keselamatan beliau.
Gambar atas : Selepas turun dari pentas, Oprah terus menuju ke satu kumpulan warga kurang upaya yang telah diberikan tempat khas di satu sudut di hadapan pentas.
Gambar bawah : Oprah meneruskan perjalanan bertemu dengan peminat. |
|
Tentunya para peminat yang berdiri di barisan paling hadapan beruntung kerana dapat bersalaman dengan beliau. |
|
Gambar-gambar terakhir sebelum Oprah meninggalkan Federation Square. |
|
Ulang tayang semasa penonton di studio telah mendapat kejutan apabila Oprah memberitahu yang mereka akan terbang ke Australia bersama Qantas Airways. |
|
Ragam peminat Oprah di Federation Square. |
|
Gambar atas : Carrie sedang berbual dengan pembantu peribadi Oprah.
Gambar tengah : Wartawan sedang menemu ramah peminat.
Gambar bawah : Federation Square masih ramai orang walaupun majlis sudah pun selesai. |
Gambar-gambar di bawah pula saya rakamkan di rumah semasa sedang menonton berita utama.
|
Detik semasa Oprah baru sahaja tiba di Lapangan Terbang Melbourne pada awal pagi hari tersebut. |
|
Oprah yang peramah membuka tingkap kereta dan melambaikan tangan. |
|
Gambar atas : Antara peminat yang sudah 'berkampung' di Federation Square sejak awal pagi.
Gambar tengah : Oprah membuat kejutan dengan membeli belah di sebuah kedai di kawasan perumah elit/mewah tidak jauh dari pusat bandar Melbourne.
Gambar bawah : Perdana Menteri dan Oprah bersiar-siar di Southbank sebelum mereka menuju ke Federation Square. |
|
Gambar atas : Berita utama di semua stesen televisyen menjadikan Oprah sebagai topik paling hangat.
Gambar tengah : Peminat fanatik yang menunjukkan plat kenderaan berdaftar yang bertulis 'OPRAH'.
Gambar bawah : Pemandangan Federation Square yang dilihat dari udara begitu jelas kelihatan ianya dibanjiri dengan ribuan peminat Oprah. Saya antara yang bernasib baik kerana dapat berdiri lebih kurang lima barisan dari hadapan (dari pentas utama). |
|
Trem di bandar Melbourne turut menyambut kedatangan Oprah. |
|
Gambar atas : Dari Federation Square, Carrie Bickmore terus bergegas ke studio Channel 10 untuk menyambung tugasan beliau.
Gambar tengah : Lintas langsung dari studio dengan pengacara Angela Bishops di Federation Square.
Gambar bawah : Tidak disangka-sangka, Oprah Winfrey yang biasa saya lihat melalui kaca televisyen sejak dari kecil lagi akhirnya dapat saya ketemu dengan lebih dekat di Melbourne. |
No comments:
Post a Comment