Tuesday 21 January 2014

Alpenrail - Swiss Model Village & Railway Di Tasmania

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Alpenrail - Swiss Model Village & Railway atau Alpenrail Model Exhibition merupakan salah satu susun atur model keretapi terbesar di Australia dan mempamerkan ketukangan yang luar biasa. Ia direka cipta dan mengambil inspirasi dari kawasan pergunungan di Switzerland iaitu Bernese Alps.
Terletak di Claremont, Tasmania, ia telah dibuka untuk orang awam pada 26hb Januari 1985.

Antara gunung-gunung lain yang dimasukkan di dalam Alpenrail Model Exhibiton ini ialah Jungfrau, Mönch dan Eiger. Sistem keretapi di Alpenrail Model Exhibition menunjukkan beberapa bahagian indah di BLS - "Bern - Lötschberg - Simplon", iaitu laluan keretapi yang melalui perjalanan hingga ke kaki gunung dan juga laluan untuk penduduk tempatan serta para pelancong ke destinasi pelancongan.


Dengan adanya landskap penuh dan ditambah dengan kesan bunyi serta patung manusia, haiwan, kenderaan lain seperti kereta kabel, lori, trak, bas dan kereta, maka para pelawat bukan sahaja dapat melihat keretapi yang berjalan di atas landasan tetapi juga dapat merasai seperti berada di tempat sebenar iaitu di Switzerland.
Saya dan suami mengambil masa yang lama berada di sini (hampir satu jam) sehinggakan kami dapat menyaksikan 'adegan' dramatik apabila pergunungan di Switzerland ini mengalami ribut petir pada sebelah malam serta merasai sejuk kabus pada waktu pagi. 

Bayaran masuk yang dikenakan untuk setiap orang dewasa ialah AUD12.50. Walaupun agak mahal tetapi sangat berbaloi apatah lagi kami menghabiskan masa hampir satu jam dan berpuas hati kerana dapat merakamkan ratusan gambar.
Sukar bagi saya untuk meletakkan hanya 10 atau 20 keping gambar sahaja di dalam blog ini. Seperti mana saya terhibur di Alpenrail, saya mahu anda turut merasainya. Oleh itu inilah (gambar-gambar di bawah) yang termampu untuk saya kongsikan bersama para pembaca. Semoga anda juga terhibur hendaknya.





Gambar atas kiri : Pintu masuk ke dalam bangunan yang dilukis menggambarkan seperti di pergunungan bersalji.

Gambar atas kanan dan gambar bawah kiri : Tayangan
video memperincikan tentang pembinaan landskap dan model keretapi.

Gambar bawah kanan : Saya berdiri di atas anjung tinjau dan tempat sesuai untuk mengambil gambar.


























Pemandangan sekitar stesen keretapi (Spiez Station).



Gambar atas : Di satu sudut lain terdapat tempat hiburan untuk kanak-kanak sekiranya mereka tidak berminat dengan Alpenrail.

Gambar bawah : Pencipta asal Alpenrail iaitu Rudi Jenni meninggal dunia pada tahun 2001.

Dengan duka citanya dimaklumkan bahawa Alpenrail telah ditutup untuk orang awam. Untuk mengetahui sejarah Alpenrail di Tasmania ini, anda boleh ke laman sesawang seperti di bawah.
www.alpenrail.com.au


No comments:

Post a Comment