Sunday 26 January 2014

Australia Day

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Australia Day disambut pada 26 Januari setiap tahun. Hari kebangsaan Australia ini diraikan oleh rakyat serta penduduk di seluruh negara dengan memperingati serta berbangga dengan apa jua pencapaian yang dikecapi oleh rakyat dan negara dari dahulu hingga sekarang.

Sudah kerap kali mendengar orang ramai sering menyebut "Australia is a lucky country". Ya, ia memang tidak dinafikan.

Australia yang merupakan salah sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik paling besar di dunia ini mengamalkan sistem demokrasi yang telus, menjaga kebajikan rakyat tidak mengira umur serta memberikan hak kebebasan bersuara dan hak sama rata. Antara faktor-faktor inilah yang membuatkan Australia dapat memberikan rakyatnya kehidupan yang selesa dan aman damai.

Sudah lima tahun saya menjadikan Australia sebagai rumah baru saya dan tentunya saya berbangga, gembira dan bersyukur kerana dapat tinggal di Australia. Saya akan cuba menjadi seorang rakyat yang boleh menjaga nama baik negara serta mempromosikan pelancongan di mata dunia melalui blog ini dan laman sesawang saya yang lain, InsyaAllah.



HAPPY AUSTRALIA DAY!

No comments:

Post a Comment