Tuesday 4 February 2014

Graffiti Di Melbourne (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Definasi Graffiti ialah lukisan atau tulisan yang diconteng, dicalar dan disembur pada tembok atau dinding di tempat awam. Mungkin sesetengah pendapat mengatakan graffiti adalah satu vandalism (merosakkan harta benda awam) atau buruk mata memandang tetapi tidak bagi penduduk di Melbourne, Australia.
Graffiti di Melbourne merupakan salah satu ikon dan menjadikan ianya tarikan pelancong dari serata dunia. Terdapat banyak graffiti di serata Melbourne tetapi yang paling popular ialah di Hosier Lane dan Union Lane.

Boleh saya katakan di sini bahawa ramai orang seni di Melbourne yang begitu berbakat.
Oleh kerana itulah graffiti akan bertukar corak dari semasa ke semasa malah saya juga mempunyai ratusan gambar graffiti yang berbeza-beza.

Untuk bahagian 1 ini saya berkongsi gambar-gambar semasa saya dan suami membawa anak saudara ke Hosier Lane dan kawasan sekitarnya.











Lukisan Muammar Gaddafi.

Banyak lagi gambar-gambar menarik yang akan saya kongsikan pada bahagian 2 dan seterusnya. Nantikan.

No comments:

Post a Comment