Sunday 9 February 2014

Sukan Olimpik Musim Sejuk 2002 Di Salt Lake City, Utah

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Menonton majlis pembukaan rasmi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 di televisyen tiga hari yang lalu mengingatkan saya akan Salt Lake City di Utah, Amerika Syarikat di mana bandar ini pernah menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk pada tahun 2002.

Bergambar di hadapan Main Media Center di mana di sinilah berkampungnya para media antarabangsa membuat liputan semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2002.

Ikon simbolik kepada Olimpik Musim Sejuk 2002 yang diadakan di Salt Lake City.



Di satu sudut di dalam kawasan Gateway District terdapat Wall Of Honor. Ia di dedikasikan kepada mereka yang menjayakan Olimpik Musim Sejuk 2002 malah nama 28,000 orang sukarelawan juga terpahat di dinding Wall Of Honor ini.

Wall Of Honor.

Salt Lake City yang sudah beberapa kali saya kunjungi merupakan salah satu bandar kegemaran saya. Antara sebab saya menyukai bandar ini ialah melalui pemerhatian saya dari segi sistem pengangkutan awam, tahap kebersihan yang begitu memuaskan serta ianya tidak terlalu sibuk seperti bandar-bandar lain.

No comments:

Post a Comment