Tuesday 11 February 2014

Eureka Skydeck 88 Di Melbourne (Bahagian 2)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Pada kali ini saya tidak akan bercerita panjang mengenai Eureka Skydeck 88 sebaliknya hanya mahu berkongsi gambar-gambar sahaja. Pendahuluan dan maklumat lanjut semuanya telah saya ceritakan di Bahagian 1. Kepada mereka yang ketinggalan, sila ke http://www.sharery.blogspot.com.au/2014/02/eureka-skydeck-88-di-melbourne-bahagian.html


Suasana ketika kejohanan tenis dunia iaitu Australian Open yang sedang berlangsung yang saya rakamkan dari Eureka Skydeck 88.



Pernah membawa rakan saya dari Malaysia. Beginilah keadaan cuaca apabila masuk musim sejuk. Hampir setiap hari cuaca mendung dan adakalanya hujan.

Berada di anjung tinjau pada waktu senja dan malam.



Seperti yang pernah saya ceritakan pada bahagian 1, saya dan suami mempunyai pas tahunan. Makanya setiap kali tiba hari ulang tahun, pihak Eureka Skydeck 88 akan memberikan hadiah iaitu pas percuma untuk masuk ke The Edge

Walaupun sudah banyak kali kami naik ke Eureka Skydeck 88, tetapi kali ini merupakan kali kedua merasai The Edge. Pas masuk tahunan hanya memberi akses kepada anjung tinjau tetapi tidak kepada The Edge.


Gambar selepas masuk ke The Edge.

Saya juga pernah merasai naik ke Willis Tower di Chicago, Amerika Syarikat dan berdiri di kiub yang lantai dan dindingnya berkaca. Lebih kurang sama dengan The Edge cuma bezanya ialah The Ledge lebih tinggi iaitu tingkat 103. Cerita lanjut sila klik di sini.
http://sharery.blogspot.com.au/2013/01/willis-tower-chicago.html


Akan bersambung ke Bahagian 3 tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment