Sebut sahaja Great Ocean Road pasti ramai yang mengaitkan dengan 12 Apostles/Twelve Apostles.
Majoriti pelancong yang ingin melawat ke 12 Apostles akan memulakan perjalanan dari bandar Melbourne menuju ke Geelong seterusnya pasti akan melalui Great Ocean Road yang panjangnya kira-kira 243 kilometer bermula dari sebuah pekan pekan kecil yang diberi nama Torquay dan berakhir di Warrnambool.
Great Ocean Road dibina antara tahun 1919 dan 1932 sebagai tanda peringatan kepada mangsa Perang Dunia I.
Terdapat banyak tempat menarik lagi bersejarah dan pekan serta perkampungan kecil yang boleh dilawati di sepanjang Great Ocean Road malah ramai juga yang bermalam dan berkhemah di situ (di kawasan yang dibenarkan). Lebih kurang enam buah Pusat Khidmat Pelancongan yang boleh dikunjungi bagi mendapatkan lebih maklumat tentang Great Ocean Road.
Gambar-gambar di bawah ini adalah dari lawatan saya ke Great Ocean Road pada tahun 2010 yang belum pernah saya kongsikan di dalam blog. Saya minta maaf kerana kualiti gambar agak kurang memuaskan dek kerana cuaca yang tidak meyebelahi semasa lawatan tersebut. Hujan lebat sepanjang hari/malam menemani lawatan saya. Mujurlah ketika berada di 12 Apostles, hujan berhenti seketika maka dapatlah saya mengambil gambar yang kualitinya lebih bagus.
Gambar atas : Bertolak dari Melbourne sesudah waktu subuh dan tiba di Torquay lebih kurang jam 8.00 pagi. Gambar tengah dan bawah : Torquay. |
Gambar atas : Banyak maklumat yang terdapat di sepanjang Great Ocean Road. Gambar tengah dan bawah : Pekan kecil Lorne. |
Singgah di Lorne untuk membeli cenderamata. |
Lorne. |
Gambar atas : Maklumat tentang Cumberland River. Ia terletak lebih kurang 7 kilometer dari Lorne. Gambar tengah dan bawah : Antara papan tanda amaran dan peringatan yang terdapat di Great Ocean Road. |
Apabila hujan berhenti seketika, saya pun dengan pantas memetik kamera dan mengambil gambar sebanyak yang boleh. |
Singgah di Cape Patton untuk mengambil gambar semetelah hujan berhenti seketika pada ketika itu. |
Nantikan sambungan Great Ocean Road bahagian 2 tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment