Thursday 8 January 2015

Ulangtahun Blog Terjemahan Hati Yang Ke-5

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Petikan dari tulisan wartawan Kusyi Hirdan pada tahun 2012 :-
Blog Terjemahan Hati mulanya sekadar wadah luahan jiwa anak kelahiran Perak ini, Noorsyarimah Noordin sejak Januari 2010. Selepas ayahnya meninggal dunia pada 2008, dia terasa ingin meluahkan perasaan mengenai arwah bapa secara penulisan tetapi tidak tahu caranya.

Rindu yang mendalam terhadap arwah ayah sukar diluahkan dengan kata-kata. Tatkala menulis hatinya lebih lega.

"Tetapi waktu itu dalam kesibukan saya yang sering terbang di awan biru sebagai pramugari, pada masa sama saya sibuk dengan persiapan perkahwinan. Justeru, niat saya tergendala seketika," katanya.

Selepas berkahwin dengan Norman Azly Jabbar dan menetap di Australia, barulah impian Syarimah menjadi kenyataan. Lantas wujudlah Terjemahan Hati yang boleh dilayari di http://sharery.blogspot.com di alam maya.

"Saya tujukan kepada keluarga serta rakan di Malaysia dan Singapura supaya mereka dapat melihat serba sedikit mengenai kehidupan baru saya selepas berumahtangga dan menetap di luar negara," katanya.

Namun begitu, blog Syarimah kemudiannya melalui transformasi dan berubah konsep. Ia lebih menjurus kepada catatan perjalanan atau blog kembara kerana minat Syarimah dan suami yang suka mengembara.

___________________________________________________________________________________

- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/CatatanperjalananSyarimah/Article/#sthash.BBpRMpD9.dpuf
Tidak mahu bercerita panjang, cukup sekadar ingin meluahkan rasa syukur dan gembira dengan hari ulangtahun blog Terjemahan Hati yang ke-5 pada 7 Januari.
Artikel pertama : http://sharery.blogspot.com.au/2010/01/terjemahan-hati.html

Secara jujurnya saya tidak pernah menyangka bahawa blog yang saya dedikasikan hanya untuk keluarga dan teman rapat pada lima tahun lalu akhirnya kini menjadi ikutan oleh para pembaca di pelbagai negara di seluruh pelusuk dunia. Malah setiap tahun cerita tentang blog dan kembara saya pasti disiarkan di dalam surat khabar di Malaysia.

Di samping itu juga, saya gembira kerana dapat membantu merangka lawatan dan percutian ramai pembaca blog saya dan memberikan banyak maklumat pelancongan khususnya mengenai Australia, Amerika Syarikat dan Hong Kong.

Gambar atas : Tiga muka surat penuh artikel kembara (roadtrip) saya dan suami di Australia telah disiarkan pada tahun 2010.

Gambar bawah : Dua muka surat penuh artikel mengisahkan tentang kembara saya di Amerika Syarikat yang disiarkan pada tahun 2012.

Anda boleh klik link di bawah untuk membaca kedua- dua artikel ini.

2010 - http://www2.hmetro.com.my/articles/20101019003546/Article
2012 - http://www2.hmetro.com.my/articles/CatatanperjalananSyarimah/Article/

Kisah tentang kembara dan makanan halal. Kepada yang berminat untuk membaca artikel penuh, sila berikan alamat e-mel di ruang komen.

Saya ditemuramah oleh wartawan Malaysia tentang topik insiden MH370. Sebagai bekas pramugari Syarikat Penerbangan Malaysia dan isteri kepada juruterbang syarikat penerbangan di Australia dan Amerika Syarikat, saya rasa amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk menceritakan beberapa perkara tentang keselamatan dalam bidang penerbangan.

Cerita penuh boleh di baca di sini ; http://sharery.blogspot.com.au/2014/03/cetusan-rasa-bekas-anak-kapal-mas.html

Saya hanya seorang blogger biasa dan bukan orang popular, tetapi sering mendapat tempias negatif yang mencemburui dan cuba menjatuhkan saya. Setiap kali melihat artikel-artikel tentang diri saya yang disiarkan di dalam surat khabar, ia banyak memberikan motivasi untuk saya bekerja dengan lebih keras dan menguatkan semangat untuk lebih berjaya.

Sudah banyak kali saya ucapkan di sini dan saya tidak akan berhenti untuk mengucapkannya sekali lagi, TERIMA KASIH.
Terima kasih kepada semua pembaca blog Terjemahan Hati baik yang setia bersama saya sejak dari tahun 2010 atau pun pembaca baru. Dengan gabungan minat mengembara, fotografi dan penulisan bahasa Melayu, InsyaAllah saya akan terus aktif bersama www.sharery.blogspot.com.

2 comments:

  1. Wahh!! Tahniah.dah 5 tahun dah usia blog terjemahan hati. Congrats. Well done syarimah..

    Jom follow blog saya pulak www.dorsettpink.blogspot.com

    ReplyDelete