Sunday 4 January 2015

Kamera Sebagai Keperluan Harian Saya

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sebagai membuka lembaran baru tahun 2015, saya ingin memperkenalkan kepada para pembaca 'tulang belakang' yang menjayakan blog Terjemahan Hati sejak dari tahun 2010 hingga 2015. Tanpa 'mereka' anda tidak mungkin dapat mengikuti perkembangan perjalanan, percutian dan kembara saya.

Kamera dan diri saya memang tidak dapat dipisahkan sejah dari dahulu lagi. Keluarga dan teman-teman rapat pun sudah mengenali saya yang tidak pernah berenggang dengan kamera.
Minat bergambar secara semulajadi ini terbit sejak dari saya kecil lagi. Sebelum adanya kamera pintar (smartphone) dan pelbagai sosial media seperti Facebook, Twitter dan Instagram lagi saya sudah biasa mengambil pelbagai gambar hidangan makanan sebelum dijamah ataupun selfie dan wefie.

Melalui gambar di bawah anda dapat lihat beberapa kamera yang wajib saya bawa setiap kali mengembara dan melancong.




1a - Kamera dslr Canon EOS 500D yang dibeli di Singapura enam tahun lalu telah berjasa dalam membantu saya menjayakan blog ini. Nama gelaran yang saya berikan ialah Kak Non. Manakala nama samaran saya di dalam blog Terjemahan Hati (www.sharery.blogspot.com) ialah Cik Canon yang diambil bersempena dengan kamera ini.
Selain sudah mengelingi dunia, kamera ini pernah dua kali jatuh tetapi masih boleh digunakan hingga ke hari ini. Kanta kamera atau lens Sigma (70-300mm) pula saya beli sebagai hadiah hari jadi saya pada dua tahun lalu.

1b - Lens jenama Canon (18-200mm) dibeli bersama-sama dengan kamera EOS 500d pada tahun 2009. Pernah jatuh di atas pergunungan bersalji di Hobart, Tasmania dan selepas dibaik pulih ia sekali lagi jatuh di atas padang rumput di Gold Coast, Queensland (kedua-duanya jatuh di atas kaki kamera/tripod akibat dari angin yang tidak dijangkakan). Kali kedua setelah dibaik pulih ia masih boleh digunakan seperti biasa sehinggalah ketika pulang dari lawatan ke Pulau Alcatraz di Amerika Syarikat, lens sudah tidak boleh berfungsi kerana tersekat-sekat (jammed).

2 - Kamera digital dari jenama Samsung saya beli pada awal tahun 2014 bagi menggantikan kamera digital lama yang telah rosak juga dari jenama Samsung. Saya adalah peminat dan pengguna kamera digital Samsung sejak dari tahun 2007. Ada kalanya apabila saya malas membawa kamera dslr dan ingin menggalas beg tangan kecil, kamera ini yang akan saya bawa. Di dalam tempoh 8 tahun tersebut (2007-2015), saya telah bertukar kepada 3 jenis kamera Samsung. Ia dibeli kerana yang lama telah diguna hingga rosak. Kamera paling baharu yang dibeli pada awal tahun lalu (seperti gambar di atas) sangat memuaskan hati kerana dengan adanya fungsi wifi, saya kerap menghantar gambar terus ke dalam telefon bimbit dari jenama sama iaitu Samsung dengan menggunakan aplikasi yang seragam dan ditetapkan. Gambar-gambar di dalam kamera ini juga boleh dihantar terus kepada penerima melalui e-mel atau dinaikturun ke laman sosial media seperti Facebook.

3 - Telefon Samsung Galaxy Note 3 telah saya gunakan sejak dari Oktober 2013. Pada awalnya telefon yang dibeli adalah berwarna hitam, tetapi ditukar kepada warna putih setelah telefon saya terjatuh di atas jalan raya hanya sepuluh hari selepas membelinya (Okotber 2013). Tukaran telefon ini tidak perlu dibayar kerana ia masih di dalam tempoh jaminan (warranty).

4 - Telefon Samsung Galaxy S2 yang saya gunakan lebih dari tiga tahun ini turut sama-sama berjasa seperti kamera Canon dslr EOS 500d. Selain telah mengelilingi dunia, ia turut menjadi bantuan sekiranya telefon Note 3 saya kehabisan bateri.

5 - Kamera Instax dari jenama Fujifilm telah saya beli pada tahun lalu. Ia hanya digunakan sekiranya saya berjumpa dengan teman-teman semasa menghadiri sesuatu perjumpaan.

Jika sesuatu trip itu mengambil masa yang panjang, saya akan membawa semua jenis kamera ini. Apabila di dalam atau pertengahan trip itu saya rasakan ingin menggalas beg tangan kecil atau sekadar untuk keluar makan malam, saya hanya membawa kamera digital Samsung atau telefon bimbit sahaja (Samsung Galaxy Note3). Sebagai wanita yang sering memikirkan pakaian, selendang, kasut dan tas tangan yang ingin dipakai adalah bersesuaian dan selari warnanya, saya turut memikirkan kamera apa yang sesuai untuk dibawa dan muat dimasukkan di dalam beg setiap kali ingin keluar dari rumah dan hotel. :)

#camera #travelessentials #travel #travelblogger #aussieblogger




2 comments:

  1. Samalah.. saya pun akan membawa kamera kemana2.. tapi saya tak ade dslr, so hanya pakai compact kamera je sebab senang muat dalam beg. Kamera tu kiranya "a must have item" dalam hendbeg saya. Ade kawan2 perli gak saya asyik bawak kamera pink saya tu ke mana2 .. takpelah, dieorang tak paham minat orang yangsuka ambik gambar ni.. sebab bagi saya, every moment is a precious and have to snap =))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dorsett Pink : Kenangan tak boleh dijual beli. Itu sebabnya kamera tu penting :D

      Delete