Sudah beberapa kali saya berpeluang berkunjung ke Beijing, China dan boleh dikatakan amat beruntung juga kerana setiap kali kunjungan adalah pada musim sejuk.
Cerita dan gambar yang saya kongsikan di bawah ini ialah semasa kedatangan kali kedua saya ke Beijing iaitu pada tahun 2007. Berlepas dari Kuala Lumpur dengan penerbangan MH 370, saya selamat tiba di Beijing dengan suhu di bawah paras beku.
Gambar kiri : Pemandangan tasik yang saya rakamkan gambarnya dari bilik hotel. Gambar kanan : Tiba di bilik hotel dan sudah teruja untuk keluar bersiar-siar. |
Untuk trip kali ini tidak ada sesiapa pun rakan sekerja yang berminat untuk keluar bersiar-siar sementelah ramai dari mereka sudah biasa dan kerap datang ke Beijing. Ada antaranya pula mahu tidur dan berehat sepuas-puasnya akibat dari keletihan dengan penerbangan enam jam tersebut justeru saya bertekad untuk keluar seorang diri dengan niat untuk menjejakkan kaki ke Tembok Besar Cina.
Oleh kerana tidak membuat penyelidikan dengan lebih awal maka saya terus turun ke lobi dan meminta bantuan dari pihak hotel. Setelah meneliti beberapa pakej yang ditawarkan, saya tidak dapat mengikuti lawatan ke Tembok Besar kerana kesuntukan masa. Atas kepercayaan saya terhadap pihak hotel, maka saya telah memilih lawatan persendirian. Tidak lama selepas membuat bayaran, pemandu pelancong pun tiba dan menjemput untuk membawa saya melakukan lawatan sekitar bandar Beijing dengan menaiki kereta beliau.
Gambar kiri : Satu lagi gambar yang dirakamkan dari bilik hotel. Gambar kanan : Bandar Beijing. |
Kereta persendirian yang membawa saya bersiar-siar di sekitar Beijing. |
Akhirnya dapat saya jejakkan kaki di Tiananmen Square yang sebelum ini hanya biasa dilihat dari kaca televisyen dan surat khabar. |
Gambar kiri : Walaupun nampak panas tetapi angin kuat berserta dengan suhu yang rendah. Gambar kanan : Air yang beku. |
Hanya saya sahaja yang masuk ke kawasan Tiananmen Gate / Gate of Heavenly Peace (bayaran dikenakan) manakala pemandu pelancong menuggu saya di bahagian luar.
Seperti biasa (bukan kali pertama), jika bersiar di sesuatu tempat baru seorang diri, saya akan meminta bantuan orang ramai untuk mengambil gambar saya, atau kamera diletakkan di atas batu dan tembok sebagai ganti kepada tripod dan rakamkan dengan menggunakan timer atau dengan kemahiran selfie yang sudah biasa saya lakukan sejak dari belum wujudnya pelbagai laman sosial dan perkatan selfie lagi.
Anda boleh turut serta mengikuti catatan perjalanan saya semasa membuat lawatan dalam bandar ke Dubai http://sharery.blogspot.com.au/2014/07/dubai-uae-2006.html
dan Shanghai seorang diri;
http://sharery.blogspot.com.au/2014/08/shanghai-china-2007.html
Gambar atas - Hanya bergambar di luar pintu masuk Forbidden City (Meridian Gate). Tidak cukup masa bagi saya meneruskan lawatan masuk ke sana. |
Pemandangan Tiananmen Square yang saya rakamkan dari tingkat atad Tiananmen Gate (Gate of Heavenly Peace).
(Gate of Heavenly Peace)
|
Tiananmen Gate / Gate Of Heavenly Peace. |
Gambar atas : Tiananmen Gate / Gate Of Heavenly Peace. |
Gambar paling atas kanan : Tiang yang diberi nama Marble Cloud Pillar. |
Kembali semula ke Tiananmen Square. |
Inilah pertama kali saya merasai pengalaman berjalan kaki terhoyong hayang dan rasa seperti hampir melayang akibat dari angin kuat di Tiananmen Square. |
Gambar atas : National Museum of China. Gambar bawah : Great Hall of the People. |
Beijing. |
Lawatan singkat ini banyak memberikan saya pengalaman baru serta dapat mendengar pelbagai cerita mengenai hal ehwal negara dari pemandu pelancong. Salah satu yang masih saya ingat sehingga ke hari ini ialah beliau secara berterus terang memberitahu bahawa penduduk tanah besar China tidak menyukai rakyat dari Hong Kong.
Pulang ke hotel pada sebelah petang dan kemudian menemani beberapa rakan sekerja yang ingin keluar untuk makan malam. Nantikan entri bahagian dua untuk melihat gambar-gambar pada hari kedua saya di Beijing.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.
beijing time musim sejuk memang best.. cuma tak tahan sejuknya tu je la.. hihihi
ReplyDeleteAnil Wanina : Hehe, tu lah. Baju nak kena pakai yang betul-betul sesuai :)
DeleteXtau pulak Hard Rock Beijing ditutup. nape? tp mmg Hard Rock tu mcm jauh jer. tp xtau jauh ke, atau jln jem byk kete yg membuatkan terasa jauh.. 😄
ReplyDeleteSima : HRC Beijing ditutup because poor business.
DeleteOooooo
Delete