Sunday 8 February 2015

Beijing, China (2007) - Bahagian 2

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Untuk membaca cerita penuh, anda perlu membaca entri bahagian 1 terlebih dahulu ; http://sharery.blogspot.com.au/2015/01/beijing-china-2007-bahagian-1.html

Bahagian 2 saya kongsikan gambar-gambar hari kedua saya berada di Beijing. Sebelum pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah petang, saya meluangkan masa mengambil angin pagi dan bersiar-siar di Lake Blue yang terletak di belakang hotel. Sejak kedatangan saya pada hari sebelumnya, saya begitu teruja melihat pemandangan yang memutih yang dapat dilihat dari tingkap bilik hotel tempat saya menginap. Walaupun salji kebanyakannya sudah tinggal baki sahaja namun saya tetap bersemangat untuk mengambil gambar.

Tidak berniat untuk menggangu rakan-rakan sekerja yang lain yang mungkin masih lagi tidur, maka saya keluar seorang diri. Gambar-gambar di bawah saya rakamkan tanpa meminta bantuan orang ramai. Kamera saya letakkan di atas batu dan tembok sebagai ganti kepada tripod dan rakamkan dengan menggunakan timer atau dengan kemahiran selfie yang sudah biasa saya lakukan sejak dari belum wujudnya pelbagai laman sosial dan perkatan selfie lagi.



Gambar atas : Di hadapan hotel.

Blue Lake.



Gambar kiri : Teruja melihat baki salji.

Gambar kanan : Tasik yang beku ini membuat saya terjatuh akibat licin.

Gambar kiri : Di pinggir tasik ini terdapat juga beberapa buah restoran. Bangunan belakang ialah hotel yang saya menginap.

Gambar kanan : Sungguh selesa berjalan kaki pada awal pagi dengan cuaca yang sejuk.


Dalam perjalanan berjalan kaki untuk pulang ke hotel.

Di Lapangan Terbang Beijing sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Begitulah sedikit sebanyak pengalaman saya yang pada waktu itu merupakan pertama kali dalam sejarah hidup dapat melihat salji dengan dari dekat. Bagaikan tidak percaya pula (sejak 2009) yang sekarang ini saya tinggal di negara empat musim dan dapat menempuh musim salji setiap tahun.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.



No comments:

Post a Comment