Monday 16 February 2015

Lokasi Pengambaran Fifty Shades Of Grey Yang Pernah Dilawati

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Tidak berapa lama dahulu saya telah membaca novel bertajuk Fifty Shades Of Grey berserta dua buah buku sambungannya iaitu Fifty Shades Of Darker dan Fifty Shades Of Freed. Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai ketiga-tiga buku tersebut dan cukup sekadar saya katakan di sini saya suka jalan ceritanya. Saya adalah seorang yang berfikiran terbuka dan jika ditolak dari sudut negatif, banyak aspek kehidupan dan pengajaran yang boleh diambil dari cerita tersebut.

Lokasi cerita Fifty Shades Of Grey dan dua buah buku yang lain banyak digambarkan di Seattle, Washington dan Portland, Oregon. Cukup senang untuk saya membayangkan ceritanya kerana tempat-tempat ini telah pun saya lawati. Apatah lagi Seattle merupakan salah satu bandar yang paling menjadi kegemaran saya.

Berbalik kepada tajuk di atas, setelah saya menonton filem Fifty Shades Of Grey di panggung, tergerak hati untuk berkongsi gambar-gambar lokasi pengambaran filem tersebut serta apa yang ditulis di dalam buku hasil tulisan E.L James ini.

Gambar ini dirakamkan pada awal pagi semasa saya dan suami dalam perjalanan dari Seattle ke Portland menggunakan lebuhraya I-5. Lebuhraya I-5 banyak ditulis di dalam buku Fifty Shades Of Grey.

Heathman Hotel di Portland, Oregon (anak panah merah) telah disebut sebanyak 18 kali di dalam buku tersebut. Gambar ini saya rakamkan pada awal pagi semasa kunjungan saya ke Portland beberapa tahun lalu.

Pintu masuk utama Heathman Hotel.

Masih lagi di dalam lebuhraya I-5, gambar ini dirakamkan pada hari yang berlainan. Lapangan Terbang Sea-Tac turut diceritakan di dalam buku tersebut.

Boeing Field turut dinyatakan oleh E.L James di dalam buku beliau.


Gambar kenangan pada tahun 2012 - Saya berdiri di anjung tinjau menara Space Needle di Seattle, Washington. Anak panah berwarna merah menunjukkan Escala Apartment. Kepada yang sudah membaca buku Fifty Shades of Grey pasti anda tahu siapa yang menghuni penthouse di Escala.

Secara tidak sengaja dan tidak dirancang saya dapat mengambil gambar Escala Apartment dengan fokus lebih dekat lagi.

Christian Grey yang memegang watak utama di dalam buku/filem Fifty Shades Of Grey tinggal di penthouse di Escala.

Sungguh tidak menyangka gambar yang dirakamkan pada tiga tahun lalu ini dapat berlatar belakangkan apartmen Escala.


Selain filem Fifty Shades Of Grey, saya dan suami pernah beberapa kali ke lokasi pengambaran filem dan drama Hollywood yang lain. Link saya sertakan di bawah ini;

Charmed (drama bersiri)
http://sharery.blogspot.com.au/2012/09/lokasi-pengambaran-drama-charmed-video.html

Full House (drama bersiri)
http://sharery.blogspot.com.au/2012/08/san-francisco-california-bahagian-2.html

Sister Act (filem)
http://sharery.blogspot.com.au/2012/08/lokasi-pengambaran-filem-sister-act-di.html

Mrs Doubtfire (filem)
http://sharery.blogspot.com.au/2012/08/san-francisco-california-bahagian-3.html

Paul (filem)
http://sharery.blogspot.com.au/2012/08/rachel-nevada-area-51-bahagian-1.html

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

4 comments:

  1. hi, 1st time comment lepas tengok tajuk ni..hehe

    yup, saya pun rasa trilogy 50shades agak ok. kalau biasa baca novel orang putih ni, memang akan ada sikit sexy scene sebagai perasa novel kan.. sebab tu pelik why people making such a big deal about the sex scene apart from BDSM issue la..hehe..

    escala apartment Mr Grey punya kan? tak inagt pulak sebab baca buku tu dah lama dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. dzuchan : Ye setuju sangat, saya pun hairan kenapa novel dan filem ni perlu dijadikan issue besar. Sex is part of human life so whats the big deal kan. Bdsm itu memang reality dan memang wujud even pelakon utama perlu advisor (real dominant) utk lakonkan watak Mr. Grey.
      Actually yg kesian nya kisah lampau Mr. Grey, itu yg membuatkan dia jadi dominant.
      Ceritanya very straight forward, lebih bagus daripada novel khayalan mcm cerita vampire,demon etc. :)
      Escala dlm gambar-gambar di atas tu apartment Mr. Grey :) 

      Delete