Friday, 24 June 2016

Bismarck - Ibu Negeri North Dakota

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Bismarck ialah ibu negeri bagi North Dakota dan yang juga bandar kedua yang paling ramai penduduk selepas Fargo.
Artikel mengenai Fargo boleh anda baca di sini;
http://sharery.blogspot.com.au/2016/06/fargo-north-dakota-amerika-syarikat.html

Saya dan suami tiba di Bismarck pada sebelah malam hari Sabtu dari bandar terakhir yang kami lawati sebelum ini iaitu Fargo. Pada keesokkan harinya kami daftar keluar hotel pada awal pagi dan bersiap untuk meneruskan kembara berkereta (road trip) seterusnya. Sebelum memulakan perjalanan pemanduan yang panjang, kami terlebih dahulu singgah sebentar di perkarangan bangunan pentadbiran kerajaan negeri (North Dakota Capitol) dan juga pusat bandar.

Cuaca pada pagi itu agak sejuk, berangin kuat, mendung serta berawan. Semasa lawatan singkat di Bismark, saya berasa seperti berada di dalam 'dunia' sendiri. Lihat sahaja gambar-gambar yang saya kongsikan di bawah, tidak ada seorang pun penduduk tempatan yang ada saya rakamkan di dalam gambar. Saya cuma terserempak dengan pasangan suami isteri yang melakukan senaman berlari tidak jauh dari North Dakota Capitol. Bismarck bukan tidak ramai penduduk tetapi jelas bahawa mereka meluangkan masa pada pagi Ahad di rumah sahaja.


















Patung wanita kaum Asli Amerika Syarikat dari puak Shoshone bersama anaknya ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. 

Sejarah patung ini. 

Kisah sejarah lengkap patung 'Sakakawea'.





Bison atau nama lain American Buffalo ialah spesis haiwan mamalia yang terdapat di beberapa negeri di Amerika Syarikat termasuk North Dakota. Walaupun dipanggil 'buffolo' tetapi ia tiada kaitan langsung dengan kerbau.  Haiwan gergasi ini mempunyai keberatan secara purata 1000 kg seekor dan ada juga yang mencecah hampir 2000 kg.  


























Dari Bismarck kami merentasi pula negeri South Dakota dan singgah pula ke ibu negerinya iaitu Pierre. Nanti entri baharu yang bakal disiarkan tidak lama lagi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.


No comments:

Post a Comment