Saturday 11 June 2016

Pusat Beli Belah Terbesar di Amerika Syarikat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Mall Of America (MOA) terletak di Bloomington, Minnesota dan hanya 15 minit jaraknya dengan bandar Minneapolis. MOA dibina pada tahun 1992 dan merupakan pusat membeli belah yang terbesar di Amerika Syarikat dan Amerika Utara secara keseluruhannya (mengikut saiz keluasan lantai). Terdapat sebanyak 520 buah kedai, 50 buah restoran dan taman tema keriangan terbesar di dalam negara iaitu Nickelodeon Universe. Selain itu terdapat juga beberapa pusat hiburan keluarga seperti SEA LIFE Minnesota Aquarium, The LEGO Store dan lain-lain lagi.

Berikut saya senaraikan beberapa fakta mengenai MOA ;

- Tujuh buah Stadium Yankee boleh dimuatkan di dalam MOA.

- 32 buah kapal terbang Boeing 747 boleh dimuatkan di dalam MOA.

- Jika dibaringkan 258 buah patung Liberty (Statue Of Liberty), ia juga boleh dimuatkan di dalam MOA.

- Dianggarkan seramai 40 juta pelawat setahun.

- Cukai niaga bagi pakaian dan kasut tidak dikenakan di sini.

Penduduk beragama Islam di negeri Minnesota juga agak ramai maka tidak hairanlah apabila kerap terserempak dengan mereka di MOA malah ada juga wanita berpurdah yang bekerja di sini. Selain dari itu, seorang penyambut tetamu hotel tempat saya dan suami menginap merupakan wanita Inggeris beragam Islam.

Kunjungan saya ke MOA adalah pada sebelah pagi hari Ahad yang pada awalnya tidak ramai pengunjung tetapi semakin ramai pada sebelah waktu tengah hari. Semoga anda berpuas hati melihat 25 keping gambar yang saya sertakan di bawah ini.














Jurujual wanita berpurdah.










Taman Tema Keriangan Nickelodeon Universe.




















Kesemua permainan ini adalah diperbuat daripada LEGO.


Sebahagian dari medan selera (food court) yang dapat saya rakamkan dari tingkat atas.

Medan selera yang terletak bersebelahan dengan taman tema Nickelodeon Universe.

Hidangan makan tengah hari kami ialah burger ikan, kentang dan udang goreng.

Gambar panoramic Mall Of America.


Kafe terkenal dunia iaitu  Hard Rock Cafe turut terdapat di dalam MOA. Saya akan menyiarkan entri mengenai Hard Rck Cafe tidak lama lagi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.


No comments:

Post a Comment