Tuesday 28 February 2017

Premier Check In Lounge Lapangan Terbang Changi Singapura

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

SATS Premier Check-in Lounge di Lapangan Terbang Changi, Singapura menyediakan perkhidmatan eklusif untuk urusan daftar masuk bagi penumpang (hanya syarikat penerbangan premium terpilih) kelas pertama, perniagaan dan pemegang kad penumpang kerap Platinum atau setaraf dengannya sahaja. Selepas urusan daftar masuk, para penumpang akan terus ke kaunter imigresen khas melalui Premier Check-in Lounge ini dan ia berbeza kerana tidak bercampur dengan kaunter imigresen yang sedia ada.


Para penumpang boleh duduk sambil membuat urusan daftar masuk. 

Mengisi borang sebelum melepasi kaunter imigresen.


SATS Premier Check-in Lounge terdapat di Terminal 1 dan 2.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.


No comments:

Post a Comment